awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Kes 1MDB: “Saya akan terus tuntut hak saya” - Najib Razak
Uzbekistan sedia lancar satelit, hantar angkasawan ke angkasa lepas - Presiden
Remaja lelaki dikhuatiri lemas di Machang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak luluskan peruntukan RM81 juta bagi tingkatkan fasiliti JPBNS

Astro Awani
Astro Awani
19/01/2021
11:00 MYT
Sarawak luluskan peruntukan RM81 juta bagi tingkatkan fasiliti JPBNS
Menurut Datuk Amar Douglas Uggah Embas, peruntukan tersebut adalah bagi tujuan pengurusan JPBNS dari Januari sehingga Jun 2021. FOTO: Astro AWANI
KUCHING:Kerajaan Negeri Sarawak hari ini meluluskan dana berjumlah RM81 juta bagi meningkatkan fasiliti Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) untuk mengekang penularan COVID-19 di negeri itu.
Dana tersebut yang diluluskan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg juga diperuntukan bagi menubuhkan satu makmal saringan rT-PCR di Kapit.
Menurut Pengerusi JPBNS Datuk Amar Douglas Uggah Embas, peruntukan tersebut adalah bagi tujuan pengurusan JPBNS dari Januari sehingga Jun 2021.
“Kelmarin Jabatan Kesihatan Bahagian Kapit memohon kerajaan negeri menubuhkan sebuah makmal rT-PCR bagi membolehkan sampel ujian COVID-19 boleh diuji di sana dan tidak memerlukan masa yang lama untuk mendapat keputusan.
“Oleh itu, Ketua Menteri bersetuju untuk menubuhkan makmal di sana seperti makmal yang telah kita tubuhkan di Limbang,” kata Uggah.
Tambahnya dengan peruntukan itu, JPBNS akan berupaya untuk meningkatkan fasiliti di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC), menambahkan bilangan katil di hospital dan menyediakan makmal rT-PCR di Kapit.
Uggah berkata demikian semasa mempengerusikan sidang media harian COVID-19 di Wisma Bapa Malaysia, Kuching pada Selasa.
Topic Berkaitan
#COVID-19 di Sarawak
#JPBN Sarawak
#makmal rt-pcr di Sarawak
#fasiliti COVID-19 di Sarawak
#PKRC di Sarawak
#Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan