awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak minta bantuan, kerjasama MARDI perluas tanaman padi

Bernama
Bernama
13/08/2025
02:20 MYT
Sarawak minta bantuan, kerjasama MARDI perluas tanaman padi
Abang Johari berucap di majlis perasmian Persidangan Padi Kebangsaan 2025 di Kuching, malam tadi. --fotoBERNAMA
KUCHING: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) diharap dapat membantu membekalkan lebih banyak benih padi ke Sarawak dalam usaha memperluas tanaman tersebut di Bumi Kenyalang.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata negeri itu mempunyai kelebihan tanah luas yang belum diteroka dan boleh digunakan untuk aktiviti pertanian.
"Di Sarawak kita selalu kekurangan benih padi. MARDI mungkin boleh bantu Sarawak dalam aspek benih kerana kita banyak tanah. Kita tanamkan dan dapat mengeluarkan hasil padi yang baik.
"Buat masa ini kita baru peruntukan 14,000 hektar tanah untuk tanaman padi dan kita juga ada sasaran untuk menghasilkan hingga 240,000 tan padi setahun. Kita boleh kongsikan hasil itu," katanya semasa berucap di majlis perasmian Persidangan Padi Kebangsaan 2025 di sini, malam tadi.
Abang Johari berkata usaha untuk meningkatkan tanaman padi dibuat untuk mengurangkan kebergantungan kepada sumber makanan import seperti beras yang masih tinggi buat masa ini.
"Jika tanaman padi di Sarawak berjaya kita boleh kongsi kepada seluruh negara dan ini bermakna kita tidak lagi bergantung kepada Vietnam atau Kemboja untuk beras," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abang Johari Tun Openg
#Sarawak
#MARDI
#Padi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan