KUCHING: Sarawak memohon Kerajaan Persekutuan agar membenarkan persatuan perancangan keluarga tempatan di negeri itu mengimport komoditi pencegah kehamilan.
Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata Kementerian Kesihatan (KKM) telah membatalkan lesen untuk mengimport komoditi itu yang diberikan kepada persatuan terbabit sejak 2021.
"Saya akan membawa perkara ini kepada Menteri Kesihatan (Dr Zaliha Mustafa untuk meneruskan pemberian lesen bagi mengimport komoditi pencegah kehamilan)," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan penyerahan dua mesin ultrabunyi sumbangan Kerajaan Jepun kepada Persatuan Perancang Keluarga Sarawak (SFPA) di sini hari ini.
Sumbangan itu disampaikan oleh Ketua Konsulat Kedutaan Jepun di Kota Kinabalu, Sabah iaitu Kako Shiho.
Dr Sim berkata pemberian semula lesen itu akan membolehkan rakyat di Sarawak mendapatkan kontraseptif pada harga lebih murah.
Sementara itu, Pengerusi Perubatan SFPA Dr Philip Kho berkata sebelum pembatalan lesen itu, harga kontraseptif di Sarawak adalah berpatutan susulan geran yang disediakan oleh Persekutuan Perancang Ibu Bapa Antarabangsa (IPPF).
"Sejak lebih 50 tahun, Persekutuan Persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia (FRHAM) telah berjaya memperoleh lesen import bagi membolehkan ahlinya membekalkan kontraseptif kepada pelanggan mereka pada harga berpatutan," katanya.
Susulan pembatalan lesen import komoditi itu dua tahun lepas, FHRAM melalui bantuan Dr Sim berjaya melanjutkan tempoh sah permit importnya selama setahun.
Beliau berkata FHRAM telah menghantar permohonan kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM pada 22 Jun lepas untuk mengimport kontraseptif tahun ini namun masih belum diluluskan.
"Jika lesen import itu tidak diluluskan, komoditi IPPF akan disalur kepada persatuan lain yang menjadi ahlinya di seluruh dunia dan bukan Malaysia," katanya sambil menambah SFPA mewakili kebanyakan penerima kontraseptif di bawah FRHAM.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 04 2023
Dr Sim berkata pemberian semula lesen itu akan membolehkan rakyat di Sarawak mendapatkan kontraseptif pada harga lebih murah. - Gambar Bernama
AWANI Borneo [13/12/2024] – Renjatan Elektrik | Musa Aman TYT Sabah Baharu? | Cubaan Lemahkan Kerajaan Sabah
Tumpuan AWANI Borneo 13 Dis 2024 bersama Fauzi Zin
- Tiga pekerja kontraktor pemasangan alat solar maut terkena renjatan elektrik
- Spekulasi bertiup kencang, Musa Aman disebut-sebut bakal dilantik TYT Sabah baharu
- Tangkap layar perbualan WhatsApp bermotifkan poitik - Jeffrey
#AWANInews
- Tiga pekerja kontraktor pemasangan alat solar maut terkena renjatan elektrik
- Spekulasi bertiup kencang, Musa Aman disebut-sebut bakal dilantik TYT Sabah baharu
- Tangkap layar perbualan WhatsApp bermotifkan poitik - Jeffrey
#AWANInews
RUU mengenai hak kebebasan rakyat perlu perundingan lebih menyeluruh dengan ahli parlimen – Pegawai Ahli Parlimen
Pegawai Khas Ahli Parlimen Subang , Wong Ivan berkata perundingan dengan ahli-ahli parlimen perlu dilakukan dengan lebih menyeluruh dan diberi peruntukan masa yang lebih panjang untuk menilai sebarang usul Rang Undang-undang (RUU) yang dikemukakan oleh kerajaan. Jelasnya, perundingan ini adalah lebih mustahak apabila ia melibatkan yang memberi kesan kepada hak kebebasan rakyat untuk bersuara. #DialogAnakMuda
Hak kebebasan tidak akan tercapai selagi ‘Akta Sakit Hati’ masih wujud - SUARAM
Pengurus Program Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Azura Nasron berkata kebebasan bersuara yang hakiki tidak akan dapat dicapai selagimana masih ada peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Beliau mempertikaikan bahawa definisi ‘jelik melampau’ dalam peruntukan berkenaan tidak terlepas daripada kemungkinan akan disalahguna pada masa akan datang. #DialogAnakMuda
Pindaan Akta 588 tidak jamin persekitaran media sosial yang sihat – Ketua Pengarang Cilisos
Ketua Pengarang Cilisos Media, Iqbal Fatkhi berkata pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588) tidak menjamin persekitaran penggunaan media sosial yang sihat. Beliau mengkritik definisi ‘jelik melampau’ dalam Seksyen 233 Akta berkenaan yang masih tidak jelas dan samar. #DialogAnakMuda
Tekankan aspek penggunaan media sosial secara hemat pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia dan Yang Di Pertua Persatuan Alumni MFLS Universiti Malaya, Esther Ezhil Nanggai berkata belia perlu didedahkan dengan cara penggunaan media sosial yang berhemat susulan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, peruntukan undang-undang tidak menjamin matlamat Akta berkenaan dicapai tanpa kesedaran dalam kalangan belia. #DialogAnakMuda
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Perak dan Setiausaha Politik Ahli Dewan Negeri (ADN) Canning, Tan Li Pei berkata sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, kawalan terhadap unsur-unsur perkauman dan agama bukan suatu bentuk menafikan hak kebebasan bersuara rakyat. #DialogAnakMuda
Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham
Seorang bekas remisier mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen menipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam urusan pembelian saham pembekalan peralatan golf, tahun lepas.
Patuh, jangan naikkan harga sesuka hati
Para peniaga diingatkan patuh kepada harga maksimum dan tidak sesekali menaikkan harga barangan ketika musim perayaan Krismas.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Penduduk Samarahan dinasihat tidak terburu-buru jual tanah
ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau yakin harga hartanah di Samarahan akan meningkat berkali-kali ganda pada masa akan datang.
Sarawak mohon Kerajaan Persekutuan teruskan pemberian lesen import pencegah kehamilan
Sarawak memohon Kerajaan Persekutuan agar membenarkan persatuan perancangan keluarga tempatan di negeri itu mengimport komoditi pencegah kehamilan.