awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak rekod 408 mangsa banjir setakat malam ini

Bernama
Bernama
19/01/2024
16:54 MYT
Sarawak rekod 408 mangsa banjir setakat malam ini
Jumlah mangsa banjir di dua daerah di Sarawak meningkat sedikit setakat 8 malam ini dengan 408 orang daripada 132 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 335 orang petang tadi. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di dua daerah di Sarawak meningkat sedikit setakat 8 malam ini dengan 408 orang daripada 132 keluarga ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 335 orang petang tadi.
Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, seramai 353 orang daripada 105 keluarga berlindung di dua PPS dalam daerah Debak, Betong yang merangkumi 212 mangsa di PPS Dewan Perpaduan manakala 141 lagi di PPS Dewan Millenia.
Pada masa sama, seramai 55 orang daripada 27 keluarga berlindung di PPS Rumah Steven di Tatau, Bintulu manakala 27 orang daripada lapan keluarga yang terkesan akibat bencana ribut ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Assyakirin dalam daerah sama.
Berdasarkan laporan terkini Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), jumlah mangsa banjir di Johor kekal 65 orang daripada 19 keluarga yang masih berlindung di dua PPS dalam daerah Segamat.
Tinjauan situasi di Stesen Telemetri Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati beberapa sungai di Johor, Kedah, Perlis dan Terengganu berada pada paras bahaya setakat malam ini iaitu Sungai Johor, Sungai Muar, Sungai Kedah, Sungai Arau serta Sungai Terengganu.
Menurut NADMA, 17 jalan ditutup akibat bencana banjir, jambatan rosak dan tanah runtuh antaranya Jalan Kuala Mentiga-Terapai di Pekan, Pahang; Jalan Bukit Jugra di Kuala Langat, Selangor dan Jalan Bukit Kayu Hitam-Bukit Tangga-Sintok di Kubang Pasu, Kedah.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Sarawak
#mangsa banjir
#PPS
#NADMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan