awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh bot nelayan Filipina ditahan, ceroboh perairan Pulau Balambangan
Diskaun tol 50 peratus sempena Tahun Baharu Cina 2026
3 maut dalam nahas pesawat ringan di selatan Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak sediakan 150,000 hektar bagi pengeluaran beras - Abang Johari

Bernama
Bernama
10/03/2024
13:01 MYT
Sarawak sediakan 150,000 hektar bagi pengeluaran beras - Abang Johari
Abang Joahri berkata, projek penanaman padi akan dilakukan secara berperingkat menggunakan peruntukan daripada kerajaan pusat yang berjumlah RM173 juta. - Gambar fail
KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak akan menyediakan tanah seluas 150,000 hektar bagi memberi tumpuan dalam pengeluaran beras agar keselamatan makanan di Malaysia terjamin.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata projek penanaman padi akan dilakukan secara berperingkat menggunakan peruntukan daripada kerajaan pusat yang berjumlah RM173 juta.
"Saya anggarkan jumlah itu mungkin tidak mencukupi jadi kita juga akan tambah peruntukan dalam projek ini yang memerlukan sistem pengairan kerana kosnya agak tinggi.
"Kerajaan Negeri Sarawak juga memberi peruntukan secara beransur-ansur bagi pojek penanaman padi di kawasan selatan termasuk Simunjan, Gedong dan Sri Aman manakala kawasan utara termasuk Limbang dan Lawas, masing-masing 10 hektar setakat ini," katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak projek Jelapang Padi di Stumbin, Sri Aman hari ini.
Abang Johari berkata kaedah penanaman padi di Sarawak akan mengguna pakai model projek di Kampung Lubok Punggor yang menggunakan teknologi baharu dan jenis benih hibrid.
"Kita telah membuat kajian bersama Universiti Putra Malaysia yang mendapati satu hektar boleh ditanam lima musim dalam tempoh 24 bulan dan hasilnya ialah lapan tan.
"Sarawak merancang untuk membangunkan kira-kira 20,000 hektar lagi bagi projek penanaman padi," katanya sambil menambah usaha dan kerja keras dalam projek itu akan membolehkan Sarawak meningkatkan pengeluaran beras negara sebanyak 100 peratus menjelang 2030.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#tanah
#pengeluaran beras
#sawah padi
#Abang Johari Tun Openg
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan