awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak terus berusaha jayakan agenda tambah bilangan wakil rakyat di Parlimen

Bernama
Bernama
08/05/2024
06:25 MYT
Sarawak terus berusaha jayakan agenda tambah bilangan wakil rakyat di Parlimen
Sharifah Hasidah berkata tuntutan itu mesti dipenuhi bagi memastikan perwakilan seimbang di Parlimen selaras dengan semangat dan tujuan asal penubuhan Malaysia pada tahun 1963. - Gambar fail
KUCHING: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini diberitahu bahawa Sarawak akan terus berusaha ke arah menjayakan agenda menambah bilangan wakil rakyatnya di Parlimen.
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata tuntutan itu mesti dipenuhi bagi memastikan perwakilan seimbang di Parlimen selaras dengan semangat dan tujuan asal penubuhan Malaysia pada tahun 1963.
Beliau berkata kertas cadangan penambahan bilangan kerusi wakil rakyat Sarawak di Parlimen telah dibentangkan kepada Jawatankuasa Kerja Rakan Sekutu (JKRS) pada 23 Ogos 2022.
"Dengan pertukaran dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Sarawak tetap meneruskan agenda berkaitan perkara itu di bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang baru ditubuhkan," katanya.
"Mesyuarat pertama MTPMA63 yang diadakan pada 20 Jan 2023 memutuskan supaya perkara ini dibincangkan dengan lebih lanjut dalam jawatankuasa kerja yang diketuai oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-undang Jabatan Perdana Menteri.
"Mesyuarat jawatankuasa kerja telah bermesyuarat dua kali, dan sekali lagi perkara itu dibentang dan dibincangkan. Keputusan mesyuarat itu kemudiannya akan dibentangkan pada mesyuarat jawatankuasa teknikal akan datang yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Fadillah Yusof)," katanya.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Datuk Dennis Ngau (GPS-Telang Usan) yang ingin tahu apakah status cadangan Sarawak menambah perwakilan Borneo di Parlimen semasa sesi soal jawab pada persidangan DUN hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#DUN Sarawak
#tambah Ahli Parlimen
#Sharifah Hasidah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan