BUTTERWORTH: Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan meminta dan menerima suapan berjumlah RM4,300, tahun lepas.
Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Mohd Azlan Mohd Nor, 36, didakwa meminta suapan daripada Syed Shukrie Syed Radzi dan Shahrul Nizam Abu Bakar, masing-masing sebanyak RM1,500 sebagai dorongan untuk tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap mereka yang sedang disiasat.
Kesalahan itu dilakukan di Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah pada 5.40 petang, 15 Julai 2021.
Kedua-dua kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Bagi pertuduhan ketiga, Mohd Azlan didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya satu suapan wang tunai RM1,300 daripada Syed Shukrie di IPD Seberang Perai Tengah pada 6.25 petang, 8 Ogos 2021.
Dia didakwa mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.
Semua pertuduhan itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Hakim Zulhazmi Abdullah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan menyerahkan pasport kepada mahkamah, tidak mengganggu saksi, melapor diri sebulan sekali di Pejabat SPRM dan menetapkan 26 Sept depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Azlan Basri manakala tertuduh diwakili peguam Chandra Segaran. - BERNAMA
Bernama
Wed Aug 24 2022
Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth, hari ini, atas tiga pertuduhan meminta dan menerima suapan berjumlah RM4,300, tahun lepas.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Sarjan polis didakwa terima suapan RM2,000 kes edar dadah
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Fook Soon Seafood Product Sdn Bhd di Kudat pada 18 Jun 2021.
Sarjan polis direman kali kedua, bantu siasatan satu lagi kes rogol
Anggota polis berpangkat sarjan yang ditahan sebelum ini kerana disyaki terlibat dalam kes rogol pelajar tingkatan empat direman sekali.
Polis Thailand tembak mati suspek kes bunuh
Lelaki berusia 29 tahun itu mati ditembak di rumahnya kira-kira 4 pagi (waktu tempatan).
Sarjan polis didakwa minta, terima rasuah RM4,300
Tertuduh didakwa meminta suapan sebagai dorongan untuk tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap mereka yang sedang disiasat.
Sarjan dituduh terima suapan RM2,000
Tertuduh yang bertugas sebagai penolong pegawai penyiasat jenayah didakwa melakukan kesalahan itu di dua lokasi berasingan pada 18 dan 19 September 2020.
Sarjan polis maut kemalangan ketika pulang selepas tamat tugas Ops COVID-19
Seorang anggota polis berpangkat sarjan dari Balai Polis Padang Rengas di sini maut dalam kemalangan jalan raya selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan terbabas.
Balu sarjan tidak endah dua notis kosongkan kuarters - Ketua Polis Selangor
Tindakan mengosongkan unit didiami balu seorang sarjan polis terpaksa diambil setelah balu itu tidak mengendahkan dua notis pemberitahuan dikeluarkan pada 23 Jun 2014 dan 23 Feb 2015.