PETALING JAYA: Seorang anggota polis berpangkat sarjan disiasat setelah didapati memiliki wang tunai berjumlah RM3,753 ketika terlibat dalam sekatan jalan raya (SJR) dekat sini pada Ahad.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, pemeriksaan sebelum itu dijalankan oleh pasukan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman di lokasi SJR berkenaan.
"Pemeriksaan dijalankan terhadap beberapa anggota trafik yang ketika itu sedang menjalankan tugas Op Alkohol kira-kira jam 2.30 pagi.
"Salah seorang anggota trafik terlibat didapati memiliki wang tunai berjumlah RM3,313 selain pemeriksaan dalam sebuah kenderaan menemui sejumlah wang tunai sebanyak RM440," katanya pada Ahad.
Beliau berkata, kertas siasatan tatatertib dibuka susulan kejadian itu.
"Siasatan dijalankan bagi mengenal pasti sebarang unsur perbuatan rasuah atau pelanggaran prosedur penugasan yang dijalankan.
"Kesemua anggota yang terlibat dalam siasatan ini akan dikeluarkan dari pasukan penguat kuasa sehingga siasatan selesai dijalankan," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Feb 04 2024
Kesemua anggota yang terlibat dalam siasatan dikeluarkan dari pasukan penguat kuasa sehingga siasatan selesai dijalankan. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Hussein)
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
PRN Melaka: Polis buka 17 SJR bermula esok
PDRM akan melaksana Sekatan Jalan Raya (SJR) di 17 lokasi seluruh Melaka sepanjang tempoh pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN), 20 November ini.
PKP: Sabah pertimbang cadangan pergerakan lebih 10km
Datuk Masidi Manjun berkata kerajaan negeri juga sedang mengkaji keperluan untuk melaksanakannya seperti yang disarankan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali.
PKP: Kompaun, patah balik jika tiada surat kebenaran - Polis Kota Setar
Pihaknya telah mengaktifkan tiga SJR di laluan Plaza Tol Alor Setar Selatan, Plaza Tol Alor Setar Utara dan di laluan masuk melalui Kepala Batas sepanjang PKPB.
PKPB: Pematuhan SOP SJR di Sentul capai 95 peratus - Polis
Pihak yang didapati tidak patuh SOP membabitkan kenderaan syarikat seperti van dan lori.
78 individu ditahan langgar PKP, ini 5 fokus kenyataan Ismail Sabri
Seramai 78 individu telah ditahan pada Khamis atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pasukan pematuhan SOP ditubuhkan, fokus cegah jenayah sepanjang PKPP - Polis
PDRM bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menubuhkan pasukan jawatankuasa pematuhan dalam menjalankan pemeriksaan SOP bermula hari ini hingga 31 Ogos.
Polis Bintulu ambil langkah ubah lokasi sekatan di laluan tikus
Tidak ada yang dapat lolos meskipun melalui jalan 'tikus' menuju ke bandar Bintulu.
Tiga juta rakyat Malaysia masih ingkar - Panglima Angkatan Tentera
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, angka itu merupakan jumlah yang besar dan perlu ditangani segera.