awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sasar Geopark Lenggong dapat pengiktirafan global menjelang 2024

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
16/12/2022
10:09 MYT
Sasar Geopark Lenggong dapat pengiktirafan global menjelang 2024
Shamsul Anuar ketika perasmian acara Festival Geopark Lenggong 2022 di Laman Budaya Lenggong hari ini. - Astro AWANI
LENGGONG: Geopark Lenggong disasar untuk mendapatkan pengiktirafan global menjelang tahun 2024.
Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, untuk tujuan itu, sebuah jawatankuasa tidak formal telah ditubuhkan.
Menurutnya, setakat ini geopark itu telah memiliki sembilan geoekologi dan lima geotapak yang bertaraf antarabangsa.
“Ini sudah memiliki kriteria untuk membolehkan kita mendapat pengiktirafan di peringkat global. Ia sama seperti yang ada di Langkawi dan juga di Gunung Kinabalu,” katanya selepas merasmikan Festival Geopark Lenggong 2022 di Laman Budaya Lenggong di sini, hari ini.
Menurutnya, selain itu, terdapat beberapa lagi geotapak, geoekologi, geofood yang hanya memerlukan tambah nilai.
“Antara perkara yang hendak ditambah nilai ialah pembangunan infrastruktur serta maklumat-maklumat mengenainya,” ujarnya.
Geopark Lenggong mendapat pengiktarafan kebangsaan pada 16 Disember tahun lalu, dan merupakan yang kedua di Perak, selepas Geopark Kinta.
Shamsul Anuar berkata, sejak setahun lalu, kawasan itu menerima pelancong yang ramai, sehingga mewujudkan banyak tempat penginapan.
Bagaimanapun, katanya, ia masih belum mencukupi untuk menampung kedatangan pelancongan, khususnya apabila adanya program-program bertaraf antarabangsa.
“Kita harap juga untuk masa akan datang, pelaburan luar daripada syarikat-syarikat besar akan datang untuk mewujudkan kawasan penginapan bertaraf antarabangsa yang ada bintang,” katanya.
Beliau menambah, kewujudan pusat penginapan seumpama itu boleh menggalakkan penganjuran program seperti seminar atau bertaraf antarabangsa.
Topic Berkaitan
#geopark
#Lenggong
#pelancongan
#alam semulajadi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan