KUALA LUMPUR: Kejayaan Program Pembangunan Francais Mikro dan Francais Mampu Milik merupakan antara penanda aras kejayaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM).
Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata program yang memberi impak langsung kepada 35 penerima geran penuh dan padanan bagi mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi itu, bertindak sebagai 'push factor' dalam memperkasakan ekonomi secara berperingkat yang memberi kesan positif pada sosioekonomi dan rakyat.
"Walaupun belum 100 hari tetapi kita sudah capai lebih daripada 35 penerima mengikut bajet yang diberi kepada kita iaitu RM4.5 juta sahaja, untuk kita bangunkan program ini dan beri bantuan kepada mereka.
"Pada mulanya, kita sasarkan kepada 35 penerima namun kini kita sudah melepasi 37 dan dalam beberapa hari lagi, mungkin kita boleh tambah lagi (penerima).
"Jadi itu sudah melepasi sasaran kita dan telah dicapai 100 peratus," katanya dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV yang membincangkan tajuk Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna malam tadi.
Mengulas lanjut, beliau berkata pengecualian kawal selia gas petroleum cecair (LPG) di Sarawak di bawah Akta Kemajuan Petroleum (PDA) 1974 dan Akta Kawalan Bekalan (CSA) 1961 serta kebenaran SEDC Energy Sdn Bhd menjadi syarikat minyak baharu merupakan antara kejayaan petunjuk prestasi utama (KPI) kementeriannya bagi merancakkan industri petroleum dan gas selaras dengan komitmen kerajaan terhadap Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
"Berkenaan dengan pengecualian kawal selia itu, kita sudah beri surat lantikan kepada pihak-pihak berkenaan di Sarawak dan itu juga sudah dicapai 100 peratus.
"Kita ke depan dalam hal ini untuk kita bantu kementerian dan pihak berkuasa di Sarawak bagi memastikan penguatkuasaan ini berjalan lancar," katanya.
Nanta berkata kementeriannya turut meletakkan sasaran untuk menjaga hak dan kesejahteraan pengguna dalam mengharungi fasa pandemik COVID-19 dengan penetapan KPI dalam menurunkan harga maksimum jualan produk Kit Ujian Pantas Antigen (RTK) COVID-19 di pasaran.
"Harga bagi ujian kit kini sememangnya jauh lebih rendah daripada sasaran awal. Kita pada mulanya ingin meletakkan harga maksimum jualan kit itu pada RM19.90, namun sekarang kit itu sudah dijual sekitar RM6 dan yang terbaharu, RM4.90. Jadi, itu pun kita sudah berjaya capai," katanya.
Nanta berkata kejayaan pencapaian KPI ini adalah hasil komitmen yang tinggi daripada pihak kementerian dan semua pegawai yang terlibat di samping penyusunan strategi serta mekanisme yang dilaksanakan secara komprehensif.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 28 2021
Nanta berkata, KPDNHEP turut meletakkan sasaran untuk menjaga hak dan kesejahteraan pengguna dalam mengharungi fasa pandemik COVID-19. - Foto Facebook KPDNHEP Laman Rasmi
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
[TERKINI] Mahasiswa bersama Palestin
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis untuk menyampaikan seminar ilmiah, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan mereka terhadap Zionis dan sokongan mereka terhadap perjuangan membebaskan Palestin.
#AWANInews
#AWANInews
[TERKINI] Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Universiti Malaya sebelum ini menerima kecaman kerana membenarkan Gilley menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
AWANI Ringkas: Peniaga didenda RM23,000, komen jelik nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Rombakan Kabinet: Kembali ke KPDN? Saifuddin enggan komen
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus yang mengatakan beliau akan kembali menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Bekalan minyak masak: Ahli perniagaan didakwa 16 pertuduhan kemuka tuntutan palsu
Dia didakwa atas 16 pertuduhan mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM258,426 berhubung pembekalan minyak masak sawit kepada KPDNHEP.
Wanita didenda RM20,000 jual kotak TV android
Seorang wanita didenda RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah menjual kotak TV android yang mengandungi kandungan yang tidak dibenarkan.
Naikkan harga gula: "Nangis air mata darah pun saya tak akan kompromi" - Salahuddin
Kerajaan sekali lagi menegaskan tidak akan membuka sebarang ruang kompromi terhadap pihak yang sengaja menaikkan harga jualan gula biasa.
Bekalan makanan negeri terjejas banjir stabil, terkawal - Salahuddin
Bekalan makanan di negeri terjejas banjir masih stabil dan terkawal setakat ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.
KPDN tumpas aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Telok Panglima Garang
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi dalam serbuan ke atas sebuah premis di Telok Panglima Garang, Selangor semalam.
Lelaki ditahan seleweng 2,000 liter minyak diesel subsidi
Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan kegiatan menyeleweng minyak diesel subsidi ditahan bersama lori dan bahan api membabitkan nilai keseluruhan RM75,817.
KPDNHEP kini dikenali Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Peranan utama kementerian itu bertanggungjawab mengharmonikan ekonomi negara.
Akibat kekurangan bekalan, sanggup beli telur 'diselaputi najis'
Exco Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor, Lee Ting Han berkata, pembeli membuat aduan dan peniaga terbabit juga telah dipanggil untuk siasatan lanjut.
Harga minyak masak 5 kg kekal RM30.90 bagi tempoh 8 Dis-7 Jan
Harga runcit maksimum minyak masak bagi tempoh 8 Dis 2022 hingga 7 Jan 2023 kekal pada RM6.90 sekilogram, RM13.30 bagi dua kilogram (kg), RM19.60 bagi tiga kg dan RM30.90 bagi lima kg.