awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Satu aplikasi untuk semua perkhidmatan bas di Lembah Klang akhir tahun ini

Bernama
Bernama
23/09/2023
20:20 MYT
Satu aplikasi untuk semua perkhidmatan bas di Lembah Klang akhir tahun ini
Muhammad Yazurin bercakap pada sidang media ketika Hari Terbuka Rapid Bus 2023 di Kompleks Rapid Bus Cheras Selatan, Kuala Lumpur, 23 Sept 2023. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Satu aplikasi mudah alih akan diperkenalkan menjelang akhir tahun ini untuk menyelaraskan laluan perkhidmatan bas di Lembah Klang bagi membantu menyediakan perkhidmatan yang lebih lancar dan efisien.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Muhammad Yazurin Sallij Muhammad Yassin berkata aplikasi berkenaan kini dalam peringkat mengumpul data dan diusahakan bersama antara tiga operator bas iaitu Rapid Bus, bas percuma GoKL oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan bas Smart Selangor oleh kerajaan Selangor.
"Kita sedang usahakan supaya nanti akan ada satu platform (aplikasi mudah alih) yang boleh nampak semua perkhidmatan bas. Sebagai contoh, aplikasi MyRapid PULSE mungkin akan datang boleh juga tengok laluan bas GoKL dan bas Smart Selangor selain daripada Rapid Bus," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita pada Hari Terbuka Rapid Bus 2023 di Kompleks Rapid Bus Cheras Selatan semalam, yang turut dihadiri Pengerusi Rapid Bus Datuk Seri Mustafar Ali.
Pada 12 Sept lepas, Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata kementeriannya melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) akan menyelaraskan laluan perkhidmatan bas di Lembah Klang supaya pengangkutan awam itu lebih berintegrasi dan mengelakkan pertindihan dari segi operasi laluan bas.
Mengenai Hari Terbuka Rapid Bus julung kali itu, Muhammad Yazurin Sallij berkata penganjuran bertujuan memberi peluang kepada orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut pengoperasian pengangkutan awam itu terutama perkhidmatan bus Rapid KL.
Antara aktiviti yang diadakan untuk pengunjung ialah sistem simulasi bas, lawatan ke depoh, forum dan pameran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rapid KL
#aplikasi
#perkhidmatan bas
#Lembah Klang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan