Sebuah gerabak kereta api 'Tren Expres Timuran' tergelincir semasa melalui landasan yang sedang dibaik pulih di Kilometer 80.50 berhampiran Mengkuang, Bera dekat sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Bera, Supt Mansor Samsudin berkata semua 311 penumpang termasuk empat pertugas kereta api itu dilaporkan tidak mengalami kecederaan dalam kejadian jam 3.30 pagi itu.
"Polis menerima laporan daripada pemandu bahawa satu daripada 11 gerabak kereta api itu tergelincir semasa melalui kawasan yang sedang dibaik pulih selepas bertolak dari Stesen Kemayan," katanya semasa dihubungi di sini.
Kerja-kerja mengalihkan gerabak juga dimaklumkan akan diselesaikan hari ini, tambahnya.
Mansor berkata pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) juga difahamkan telah membawa semua penumpang ke stesen kereta api berhampiran dengan menaiki sembilan buah bas untuk meneruskan perjalananmereka pada jam 7 pagi ini.
Tren ExpresTimuran itu bertolak dari Johor Bharu pada jam 7 petang semalam dan sepatutnya dijadualkan tiba di Tumpat, Kelantan pada jam 12 tengah hari ini. - BERNAMA
Bernama
Fri Dec 15 2017
Tren Expres Timuran itu bertolak dari Johor Bharu pada jam 7 petang semalam dan sepatutnya dijadualkan tiba di Tumpat, Kelantan pada jam 12 tengah hari ini. - Gambar fail
Lebih 50 maut ketika perlawanan bola sepak
Kira-kira 100 orang terbunuh dalam pergaduhan ketika perlawanan bola sepak di Guinea.
Puducherry banjir, hujan terburuk dalam tiga dekad
Siklon Fengal yang merentas sehingga ke pesisir selatan India pada Sabtu lalu mencetuskan banjir besar mengakibatkan sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh di India dan Sri Lanka. Menteri perkhidmatan awam Puducherry India, K. Lakshminarayanan berkata, kerajaan tempatan berusaha sedaya upaya untuk membantu mereka yang terjejas banjir.
Beberapa rumah, jalan digenangi air di Rhodes
Beberapa kawasan di pulau pelancongan terkenal Rhodes di Greece digenangi air selepas hujan lebat melanda daerah itu susulan Ribut Bora melanda negara itu untuk hari kedua.
Teknologi terkini mampu ramal risiko dua minggu awal
Jabatan Meteorologi (METMalaysia) kini menggunakan Sistem Pengkomputeran Berprestasi Tinggi atau High Performance Computing (HPC) bagi melakukan ramalan cuaca.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sistem berkenaan membolehkan METMalaysia menjangka risiko bencana cuaca 14 hari lebih awal berbanding tujuh hari pada ketika ini.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sistem berkenaan membolehkan METMalaysia menjangka risiko bencana cuaca 14 hari lebih awal berbanding tujuh hari pada ketika ini.
Perkembangan banjir di Kedah
Lintas langsung situasi banjir di Kedah bersama wakil Astro AWANI, Abdul Hadi Che Awang.
Perkembangan banjir di Kelantan
Lintas langsung Wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil mengenai perkembangan, tahap keselamatan dan operasi keselamatan mangsa-mangsa banjir di Kelantan.
[TERKINI] Polis tahan suami bekas model, Zahnita Wilson
Susualan pendedahan Zahnita Wilson di hantaran Instagramnya bahawa dia dibelasah sehingga mengalami lebam di wajahnya, polis menahan suami kepada bekas peragawati dan pelakon terkenal itu.
Sita akaun bank BERSATU dibuat ikut peruntukan undang-undang - SPRM
Penyitaan akaun bank milik Parti BERSATU dibuat berdasarkan peruntukkan undang-undang dan tidak dibuat sewenang-wenangnya.
Penjarakan pesalah jika babit mangsa kanak-kanak
Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 menggariskan cadangan peruntukan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya.
Ini bagi kesalahan yang dilakukan terhadap kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.
Ini bagi kesalahan yang dilakukan terhadap kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah.
Kementerian Bangladesh digesa tangani hampir setengah juta jawatan kosong
Kerajaan arahkan semua kementerian, jabatan, pejabat bawahannya, agensi dan pejabat lapangan untuk menyerahkan laporan kemajuan.
KTMB tambah baik jadual perjalanan komuter sektor Lembah Klang dan utara
Jadual waktu terkini untuk laluan berkenaan akan berkuat kuasa pada 25 Julai.
89,976 tiket KTMB masih ada untuk pulang beraya
Sebanyak 89,976 baki tiket perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) masih tersedia bagi menampung permintaan rakyat Malaysia untuk pulang ke kampung halaman sempena perayaan Aidilfitri.
Gerabak dan lokomotif tergelincir di Segamat, semua penumpang selamat
Tren yang terlibat sedang dalam perjalanan dari Stesen Gemas ke Stesen Johor Bahru Sentral sebelum tergelincir di KM 595 iaitu kira-kira lima kilometer dari Stesen Genuang.
KTMB kuat kuasa Perintah Kawalan Pergerakan 8.30 pagi ini
Tren ulang-alik antara sempadan Malaysia-Thailand melibatkan perkhidmatan State Railway of Thailand pula digantung sepenuhnya buat sementara.
KTMB tawar lebih 900,000 tiket balik raya
KTMB menawarkan lebih 900,000 tiket bagi perjalanan membabitkan seluruh rangkaian perkhidmatannya sempena Aidilfitri yang disambut pada Mei.
KTMB patuhi garis panduan cegah penularan koronavirus
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mematuhi garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengekang penularan wabak koronavirus.
Pemandu parah lori terbabas ke landasan kereta api di Nilai
Seorang lelaki parah selepas lori yang dipandunya terbabas sebelum memasuki landasan kereta api dalam kejadian di stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Batang Benar, Nilai.
Operasi perkhidmatan tren kembali seperti biasa - KTMB
Semua perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah kembali beroperasi seperti biasa hari ini, menurut satu kenyataan media.
Pelanggaran tren: KTMB mulakan siasatan secepat mungkin
Siasatan akan dijalankan secepat mungkin bagi mengenal pasti punca serta langkah yang perlu diambil untuk menanganinya.
Satu gerabak 'Expres Timuran' tergelincir di Bera
Sebuah gerabak kereta api 'Tren ExpresTimuran' tergelincir semasa melalui landasan yang sedang dibaik pulih di Kilometer 80.50 berhampiran Mengkuang, Bera dekat sini, hari ini.