JOHOR BAHRU: Dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tindakan segelintir ahli dan bekas pemimpin parti itu keluar Pas dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah) adalah kerana takut kalah dalam pilihan raya adalah tidak berasas sama sekali.
Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, dakwaan itu tidak benar dan sudah sampai masanya rakyat tahu perkara yang sebenar termasuk keputusan Pas meninggalkan gabungan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.
"Semalam Presiden Pas 'tembak' mengatakan bahawa mereka tinggalkan PR kerana parti DAP tolak hudud. Saya takkan jawab malam ini, saya akan jawab malam esok di Simpang Jeram, Muar.
"Saya akan jawab malam esok bagaimana seorang Presiden Pas membuat pembohongan kepada rakyat jelata. Saya akan jawab satu persatu malam esok pembohongan itu.
"Aku bukan orang kecil, aku bekas Timbalan Presiden Pas. Jangan tipu rakyat di atas kupiah kami itu, 'no more'," katanya berucap pada Ceramah Perpaduan Pulai di Nusa Bestari di sini pada malam Ahad.
Turut hadir calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat; Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong dan Naib Ketua PKR Johor, Jimmy Puah Wee Tse.
Terdahulu, Abdul Hadi dalam ucapannya di Markas Pas Bakri, Muar pada Sabtu mendakwa, tindakan segelintir ahli dan bekas pemimpin parti itu menyertai Amanah adalah kerana takut kalah dalam pilihan raya.
Beliau turut menyifatkan mereka sebagai lemah semangat sehingga sanggup meninggalkan dasar perjuangan Pas.
Selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018, bekas pemimpin Pas termasuk Mohamad yang merupakan Timbalan Presiden Pas bersama Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa dan Khalid Samad dilantik sebagai menteri.
Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kota Raja mengingatkan Abdul Hadi supaya menghentikan perbuatan pembohongan kononnya Islam terancam.
Jelasnya, parti Pas dan sekutunya sanggup menggunakan agama Islam semata-mata untuk kepentingan mereka.
"Sebagai contoh di Selangor pada pilihan raya negeri (PRN) yang lalu, semasa kempen mereka menggunakan isu sekolah agama dan tahfiz diarahkan tutup, isu itu membuatkan pengundi Melayu percaya mereka.
"Padahal arahan Sultan Selangor pada waktu itu supaya semua sekolah agama yang tak ikut peraturan dan standard piawaian mesti ditutup sebab boleh mengundang bahawa, perlu buat pembaharuan jika mahu beroperasi semula.
"Isu itu menyebabkan mereka dapat sokongan sementara, saya yakin pembohongan mereka itu tak boleh bertahan hingga empat tahun akan datang.
"Rakyat akan melihat perubahan ini, saya yakin rakyat tak bodoh dan kembali sokong kerajaan Perpaduan," katanya.
- Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Aug 27 2023
Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, sudah sampai masanya rakyat tahu perkara yang sebenar termasuk keputusan Pas meninggalkan gabungan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Banjir: Anggaran kerugian sektor agromakanan lebih RM177 juta - Mohamad
Berdasarkan laporan awal kerosakan mengikut negeri, Kedah mencatatkan angka kerugian tertinggi iaitu lebih RM97 juta, diikuti Kelantan (lebih RM33 juta) dan Terengganu (lebih RM13 juta).
Mat Sabu agih durian kepada MP di Parlimen
Durian yang diberikan adalah hasil daripada petani tempatan dan simbolik kepada kualiti tinggi produk negara yang wajar dibanggakan.
Kerajaan fokus 91,000 hektar tanah terbiar untuk tanaman padi
Usaha tersebut termasuk memanfaatkan tanah terbiar di kawasan luar jelapang padi seperti di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Mohamad Sabu akur titah Sultan Selangor kekal nama UPM
Mohamad juga berkata beliau mengambil maklum keputusan Baginda Sultan dan mahu perkara itu tidak dipanjangkan lagi.
'Sebelum tukar nama, fahami sejarah dahulu' - Sultan Selangor
Baginda mengingatkan bahawa nama UPM diambil sempena Perdana Menteri Malaysia pertama, Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj.
Cadangan tukar nama UPM kepada nama asal akan dibawa ke Kabinet - Mohamad Sabu
Mohamad berkata beliau sendiri akan membawa cadangan itu ke Mesyuarat Kabinet tidak lama lagi, selepas mengambil kira keutamaan negara kini tertumpu kepada isu keterjaminan makanan.
Ahli Amanah perlu main peranan tangani takfiri, persepsi salah - Mohamad Sabu
Sikap mudah menuduh orang lain keluar daripada Islam atau takfiri dan penyebaran persepsi bahawa Islam perlu 'diselamatkan' di negara ini adalah berbahaya dan perlu ditangani segera.
KPKM sedang susun jawatankuasa khas tangani kekurangan beras putih tempatan - Mohamad Sabu
Satu jawatankuasa khas sedang disusun bagi mencari penyelesaian kepada isu kekurangan bekalan beras putih tempatan yang berlaku ketika ini.
Operasi, obligasi NAFAS tidak terjejas akibat penggantungan - Mohamad Sabu
Operasi dan obligasi Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) kepada mana-mana pihak ketiga tidak terjejas berikutan penggantungan perlembagaan pertubuhan itu bermula 1 Nov lepas.
42 isu tadbir urus, tatakelola dikenal pasti dalam NAFAS - Mohamad Sabu
KPKM mengenal pasti 42 isu tadbir urus dan tatakelola dalam NAFAS yang didedahkan melalui Laporan Pengauditan Khas 2018.