Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi berkata beliau akan melaksanakan sebaik mungkin amanah yang diberikan sebagai pengerusi Jawatankuasa Bebas Mengkaji Pengurusan Peperiksaan Awam.
Katanya, tahap keyakinan rakyat terhadap proses pelaksanaan peperiksaan awam di Malaysia perlu ditangani segera.
“Tugas dan amanah ini akan saya laksana sebaik mungkin agar integriti dan kepercayaan rakyat keseluruhannya terhadap proses pelaksanaan peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan diyakini sepenuhnya.
“Saya juga berpandangan bahawa perkara ini perlu disegerakan dan telah menetapkan mesyuarat pertama bagi jawatankuasa ini adalah pada 24 September 2014 di Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, Tun Zaki turut memaklumkan bahawa Jawatankuasa tersebut akan menumpu kepada usaha mengkaji, meneliti dan menilai Proses Kerja dan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pengurusan Peperiksaan Awam, Kementerian Pendidikan termasuk cadangan penambahbaikan terhadapnya.
Dalam pada itu beliau turut merakamkan penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kepercayaan yang diberikan.
Pengumuman pelantikan Tun Zaki pada Selasa lalu itu telah dibuat oleh Muhyiddin yang juga merupakan Menteri Pendidikan.
Muhyiddin memaklumkan Tun Zaki telah pun bersetuju menerima pelantikan berkenaan.
Jawatankuasa itu ditubuhkan ekoran kes kebocoran soalan kertas peperiksaan Sains dan Bahasa Inggeris untuk Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 2014 baru-baru ini dan kerajaan menetapkan 30 September sebagai tarikh baharu bagi peperiksaan kedua-dua kertas itu.
Berikutan kes itu, kerajaan telah menggantung tugas Pengarah LPM Dr Na'imah Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi badan itu Dr Wan Ilias Wan Salleh sehingga siasatan mengenainya selesai.
Polis turut menahan reman empat lelaki termasuk seorang guru besar dan dua guru bagi membantu siasatan kes itu.
Muhyiddin berkata jawatankuasa bebas itu diberi masa tiga bulan untuk menambah baik operasi LPM dan proses peperiksaan awam di negara ini.
Haider Yutim
Fri Sep 19 2014
TUN ZAKI: Amanah ini akan dilaksana sebaik mungkin agar kepercayaan rakyat terhadap proses pelaksanaan peperiksaan awam diyakini sepenuhnya.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Sejarawan bimbang mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah bocor ketika hujan
Kebimbangan dibangkitkan mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah utama monumen Mughal yang terkenal itu bocor ketika hujan.
Kon Yeow akui tidak tahu senarai darjah kebesaran Pulau Pinang bocor
Chow Kon Yeow berkata, beliau hanya mengetahui perkara itu setelah diajukan soalan oleh wartawan pada Ahad.
Ruang istirahat Gate G6 Terminal 1 KLIA ditutup sementara akibat bocor susulan hujan lebat - MAHB
Siling ruang istirahat Gate G6 di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami sedikit kebocoran pagi ini.
Sukan Olimpik Tokyo: Chong Wei bocor rahsia Chen Long ubah corak permainan
Chong Wei membuat risikan apabila cuba mengorek rahsia Chen Long melalui bekas jurulatihnya, Li Mao.
Pemex, Mexico akan siasat insiden paip gas bocor
Presiden Mexico, Andrs Manuel Lpez Obrador menjelaskan, kebakaran susulan kebocoran paip gas di Teluk Mexico adalah satu kemalangan.
Ikhtiar untuk terus hidup, pemancing catu air minuman
Mereka memulakan perjalanan ke tengah laut pada pukul 4.00 petang Isnin lepas sebelum kipas bot terjatuh pada pukul 8.00 malam.
KPM kaji penyelarasan jadual peperiksaan - Radzi
Menterinya, Dr Radzi Jidin berkata, perkara itu bagaimanapun masih dalam peringkat kajian untuk melihat pendekatan terbaik sebelum ia dilaksanakan.
Soalan Sejarah SPM didakwa bocor: Diam, tiada kenyataan rasmi tidak selesaikan masalah - PIBGN
Presiden Persatuan Ibu Bapa Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, mendiamkan diri bukanlah langkah penyelesaian terbaik.
Dakwaan soalan SPM bocor: Tidak wajar arah pelajar duduki semula peperiksaan - PAGE
Tunku Munawirah Putra mengesyorkan agar kesemua 401,105 calon SPM diberi markah lulus dan tidak perlu menduduki semula kertas peperiksaan tersebut.
SPM 2020: Soalan Sejarah Kertas 2 didakwa bocor?
Laporan itu mendakwa, antara soalan bocor yang tersebar adalah topik berkaitan 'Penentangan di Perak', 'Maritim' dan 'Wawasan 2020'.