Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi kata-katanya akan memegang janji berkaitan penyerahan kuasa kepada pengganti beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya akan umumkan (tarikh) nanti, tapi saya akan pegang janji saya," kata beliau ringkas ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Piagam Warisan dan Budaya Tanah Air di Muzium Kesenian Islam, pada Jumaat.

Dalam satu temuramah dengan Bloomberg beberapa hari lalu, Presiden PRK itu berkata, beliau akan mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri pada Mei 2020.

“Ada kesefahaman bahawa ianya akan berlaku sekitar waktu itu, tetapi saya fikir saya tak perlu terlampau cerewet bulan berapa,” kata Anwar.



Sebelum ini, sebagai sebahagian persetujuan sebelum Pilihanraya Umum Ke-14 pada Mei 2018, Dr Mahathir memberikan komitmen bahawa beliau akan memegang jawatan nombor satu negara itu hanya sekitar dua tahun.

BACA: Anwar jangka ganti Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri sekitar Mei 2020