awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya dah bayar kompaun kesalahan merokok' - Tok Mat

Sinar Harian
Sinar Harian
21/12/2024
05:15 MYT
'Saya dah bayar kompaun kesalahan merokok' - Tok Mat
Mohamad berkata, kompaun tersebut dibayar sehari selepas menerima notis daripada Pegawai Kesihatan Daerah Seremban. - Gambar fail
SEREMBAN: Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengesahkan telah menjelaskan kompaun kesalahan merokok yang dikenakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadapnya baru-baru ini.
Beliau berkata, kompaun tersebut dibayar sehari selepas menerima notis daripada Pegawai Kesihatan Daerah Seremban.
"Saya dah bayar sehari selepas terima notis itu. Alhamdulillah...," katanya ringkas.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir merasmikan Pertandingan E-Sport(MLBB) Piala Tok Mat di sini pada Sabtu.
Sebelum ini tular gambar Timbalan Presiden UMNO itu memegang sebatang rokok ketika duduk bersama sekumpulan lelaki di premis awam dipercayai sebuah restoran.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad kemudiannya menerusi platform media sosial X berkata, Mohamad sendiri meminta supaya dikompaun susulan gambarnya tular.
Katanya lagi, pihaknya berpegang kepada prinsip bahawa tiada siapa pun boleh mengatasi undang-undang.
Mohamad sebelum itu turut dilaporkan memohon maaf atas kesilapannya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Mohamad Hasan
#Tok Mat
#rokok
#kompaun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan