awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya hanya sempat laungkan azan untuk redakan ribut'

Astro Awani
Astro Awani
06/03/2018
07:02 MYT
'Saya hanya sempat laungkan azan untuk redakan ribut'
Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, 101 buah rumah telah mengalami kerosakan akibat diterbangkan angin dan dihempap batang pokok. -Foto Astro AWANI.
“Saya hanya sempat keluar dan laungkan azan untuk redakan ribut."
Demikian reaksi Abdul Rani Bakar, 62 tahun, ketika menceritakan detik cemas sewaktu kejadian ribut yang melanda daerah Baling, Kedah, lewat petang semalam.
Semasa kejadian itu Abdul Rani bersama-sama isterinya Che Minah Musa, 49 tahun, sedang berada dalam bilik memandangkan di luar hujan lebat dan angin kuat.
Sedang mereka berlindung, tiba-tiba sebuah pokok besar yang berada di belakang rumahnya tumbang lalu menghempap bahagian tengah rumah mereka.
Terkejut dan cemas dengan keadaan itu, Abdul Rani bertindak bergegas keluar dari rumah dan melaungan azan dengan harapan dapat meredakan ribut daripada terus mengganas.
Sebuah pokok sebesar dua pemeluk yang berada di belakang rumahnya tumbang lalu menghempap bahagian tengah rumah mereka
Sebuah pokok sebesar dua pemeluk yang berada di belakang rumahnya tumbang lalu menghempap bahagian tengah rumah mereka
“Saya sedang baring pada waktu itu, kemudian pokok itu tumbang perlahan menghempap rumah saya, menyebabkan siling roboh dan jatuh atas badan saya.
"Mujur saya sempat bangun dan pergi ke depan rumah,” jelas Che Minah pula.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang itu, sebanyak 101 buah rumah telah mengalami kerosakan akibat diterbangkan angin dan dihempap pokok.
Rata-rata, mangsa pada ketika itu sedang berada di dalam rumah dan sedang bersiap untuk menantikan waktu solat Maghrib.
444 mangsa kini terpaksa dipindahkan ke dewan rakyat, rumah saudara mara dan jiran untuk perlindungan.
444 mangsa kini terpaksa dipindahkan ke dewan rakyat, rumah saudara mara dan jiran untuk perlindungan.
Ekoran insiden itu seramai, 444 orang mangsa kini terpaksa dipindahkan ke dewan orang ramai, rumah saudara-mara serta jiran untuk perlindungan.
Empat buah kampung yang terjejas akibat ribut tersebut termasuk Kampung Charok Shikin, Kubang Panjang, Kampung Gua Reban, Kampung Charok Bemban dan Kampung Kuala Kijang.
Topic Berkaitan
#Abdul Rani Bakar
#Azan
#Baling
#Che Minah Musa
#hempap pokok
#Kedah
#lelaki laung azan
#mangsa
#pokok
#ribut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan