Bekas Miss Malaysia Puan Sri Pauline Chai Siew Phin memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis bahawa beliau hanya mempunyai seorang rakan di Malaysia dan beliau tidak mempunyai kepentingan di Malaysia.
Chai, 67, yang merupakan isteri kepada jutawan Tan Sri Khoo Kay Peng juga berkata beliau meninggalkan Malaysia untuk menetap di Australia pada 1980.
"Saya hanya mempunyai seorang rakan di Malaysia dan saya tidak mempunyai kepentingan di Malaysia. Saya meninggalkan Malaysia 34 tahun yang lepas pada 1980 dan sejak itu tidak lagi tinggal di sini.
"Saya menetap di Perth, Australia pada 1980 bersama seluruh keluarga saya. Kedua-dua anak bongsu saya dilahirkan di Australia dan saya memperoleh kerakyatan Australia.
"Saya berpindah ke Victoria, Kanada pada 1989 bersama seluruh keluarga dan menetap di situ selama 20 tahun. Semasa tempoh ini, saya bermastautin dan mendapat kewarganegaraan Kanada," katanya.
Chai, Miss Malaysia/International 1969 berkata demikian ketika memberi keterangan di hadapan Hakim Yeoh Wee Siam berhubung permohonan suaminya, Khoo untuk mengetepikan keperluan menghadap badan pendamai sebelum bercerai dan untuk menentukan isu awal sama ada mahkamah Malaysia mempunyai bidang kuasa mendengar petisyen perceraiannya.
Menjawab soalan peguam Datuk Dr Cyrus Das semasa pemeriksaan balas, Chai berkata pada 2010, beliau menghabiskan 40 peratus masanya di Malaysia dan selebihnya di Kanada.
Sementara itu, dalam kenyataan saksi yang dikemukakan di mahkamah pada Khamis, Chai menafikan Malaysia merupakan rumah kediaman mereka, selepas keluarganya meninggalkan negara pada 1980 dan memilih menetap di Australia, kemudian di Kanada dan di England.
"Anak-anak kami tidak pernah menghabiskan masa bermakna di Malaysia sejak kami meninggalkan negara ini pada 1980 dan menjadikan Australia tempat kediaman kami. Sejak meninggalkan Malaysia, kami jarang kembali ke Malaysia dari Australia atau Kanada kerana kami selesa di sana.
"Bila kami mengembara, anak-anak dan saya lebih berminat untuk melihat destinasi lain yang kami tidak pernah lihat seperti Vancouver di Kanada, Scotland dan Amerika Syarikat. Kami tidak berminat untuk kembali ke Malaysia," katanya.
Terdahulu, Chai berkata Khoo yang membuat keputusan untuk keluarganya, seperti memutuskan agar beliau dan anak-anak berpindah ke Australia pada 1980 dan kemudian menetap di Kanada pada 1989.
"Dia yang menguasai keluarga. Apabila beliau mahukannya, kami mesti patuh kepadanya. Anda boleh katakan fikiran kami diketepikan untuk mengikut arahannya," kata Chai.
Pada Februari tahun lepas, Chai memfailkan petisyen perceraian di sebuah mahkamah di London dan menuntut penyelesaian 500 juta pound (lebih kurang RM2.75 bilion).
Chai mahu mahkamah Inggeris membuat keputusan prosiding perceraian itu kerana dia mendakwa tidak lagi bermastautin di Malaysia sejak 1980 dan sekarang menetap di England.
Khoo, yang juga pengerusi syarikat pegangan pelaburan antarabangsa, Malayan United Industries Bhd dan kini tinggal di Ampang, Kuala Lumpur, memfailkan petisyen perceraian itu di sebuah mahkamah Malaysia tahun lepas.
Pasangan itu berkahwin pada 1970 dan mempunyai lima orang anak.
Perbicaraan bersambung Jumaat.
Bernama
Fri Nov 07 2014
Pauline Chai (kanan) yang merupakan isteri kepada jutawan Tan Sri Khoo Kay Peng juga berkata beliau meninggalkan Malaysia untuk menetap di Australia pada 1980.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Rumah tangga Gwen Stefani bergolak?
Selebriti berusia 54 tahun tersebut menjawab spekulasi yang bertebaran.
Isteri umum suami curang di papan iklan, netizen anggap gimik pemasaran
Tindakan sang isteri bernama Shin Yi itu bertujuan mahu menyampaikan pesanan kepada suami, Kevin Teoh Chee Sing dan menuntut perceraian.
Engku Emran, Noor Nabila sah cerai talak satu
Kakak kepada selebriti terkenal, Neelofa Mohd Noor, Noor Nabila sah bercerai talak satu dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada Isnin.
Engku Emran, Noor Nabila bakal bercerai
Kakak pengacara dan usahawan terkenal Neelofa, iaitu Noor Nabila memaklumkan dia dan suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin, bakal bercerai dalam waktu terdekat.
Cerai Diana Danielle: 'Terima kasih semua yang mendoakan' - Farid Kamil
Farid mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakannya.
Farid Kamil tak hadir mahkamah, cerai Diana Danielle melalui Google Meet
Diana Dianelle akhirnya bercerai talak satu dengan aktor dan pengarah, Farid Kamil kira-kira jam 3.22 petang tadi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam, Selangor.
Tiada kaitan pihak ketiga, Aziz M Osman bercerai dengan Puteri Lily Lokman
Pengarah terkenal Aziz M. Osman sah bercerai dengan isterinya, Puteri Lily Lokman awal bulan lalu.
Kahwin? Masih dalam perancangan.. saya akan jemput Ellie Suriaty - Azri Iskandar
Niat tersebut belum dapat direalisasikan kerana Azri masih lagi belum mempunyai wang belanja yang mencukupi.
Kes cerai: Mahkamah Syariah Perlis laksana perbicaraan tertutup bermula Julai
Keputusan dibuat melalui arahan Ketua Hakim Syarie Perlis setelah dipersembah maklum dan diperkenankan oleh Tuanku Syed Faizuddin.
Bercerai dengan Puteri Sarah: "Tiada dendam, ini ujian hidup, saya reda" - Syamsul
Syamsul reda dengan apa yang berlaku dengan harapan ia akan membawa kebaikan kepada kedua-dua belah pihak.