MALAYSIA
SBP, MRSM disaran miliki Ensiklopedia Hadis Nilai Jilid 1 hingga 4 - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid berucap sewaktu merasmikan ensiklopedia terbitan DBP dan Penyerahan Watikah Pelantikan Penterjemah dan Pentasbih Mawsu'ah Ahadith Al-qiyam Jilid 1 hingga 4 di Kuala Lumpur pada Jumaat. - Foto Ikqwan Lee
KUALA LUMPUR: Projek penerbitan Ensiklopedia Hadis Nilai Jilid 1 hingga 4 dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir Mac tahun hadapan, selepas melalui proses penterjemahan dan semakan yang dijadualkan selesai pada Disember ini.
Ringkasan AI
- Projek Ensiklopedia Hadis Nilai Jilid 1-4 dijangka siap sepenuhnya pada Mac 2026, selepas proses penterjemahan dan semakan selesai Disember ini.
- Ensiklopedia ini akan diwajibkan untuk semua sekolah berasrama penuh dan disarankan untuk dimiliki oleh institusi seperti MRSM dan universiti, sebagai rujukan penting dalam bidang keilmuan Islam.
- Kerajaan akan mencari dana tambahan untuk menampung kos penerbitan, dengan kemungkinan cetakan semula dan pengedaran percuma kepada institusi terpilih bergantung kepada kemampuan kewangan.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan ensiklopedia terbitan Dewan Bahasa Dan Pustaka dan Penyerahan Watikah Pelantikan Penterjemah dan Pentasbih Mawsu'ah Ahadith Al-qiyam (Ensiklopedia Hadis Nilai) Jilid 1 hingga 4 di Kuala Lumpur pada Jumaat.
Ahmad Zahid turut menekankan kepentingan ensiklopedia tersebut untuk institusi pengajian tinggi, dengan menyatakan bahawa universiti-universiti di seluruh negara dijangka memerlukan beberapa jilid sebagai bahan rujukan akademik.
“Pejabat saya akan berusaha mencari dana tambahan bagi menampung kos penerbitan yang dijangka mencecah jutaan ringgit. Kita tidak mahu membebankan kerajaan, tetapi melalui penjualan dan kemungkinan cetakan semula, kos dapat dikurangkan dan pengedaran dapat diperluaskan,” katanya.
Beliau turut menyatakan bahawa beberapa institusi mungkin akan menerima naskhah secara percuma bergantung kepada kemampuan kewangan semasa.
Ensiklopedia Hadis Nilai ini dilihat sebagai satu usaha penting dalam memperkukuh pemahaman masyarakat terhadap nilai-nilai Islam melalui hadis, dan dijangka memberi impak besar kepada pendidikan serta pembangunan ilmu di negara ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami