KUALA LUMPUR: Konvensyen Bandar Pintar & Ekonomi Digital Selangor (SDEC) anjuran Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) kini kembali lagi.
Bertemakan 'Revolutionising the Digital Landscape with AI, Net Zero and Biotech', Sidec yakin konvensyen edisi kelapan ini mampu mencapai potensi nilai pelaburan RM150 juta.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Yong Kai Ping berkata, sasaran itu mampu dicapai menerusi padanan perniagaan dan jalinan usahasama ke arah pertumbuhan bandar pintar serta ekonomi digital.
“SDEC 2023 memainkan peranan sebagai platform utama buat pemimpin industri e-dagang, ahli akademik, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), sektor kerajaan dan swasta dari dalam serta luar negara berkumpul, berkongsi pengetahuan, membina rangkaian dan bekerjasama dalam mewujudkan ekonomi digital yang mapan dan inklusif.
“Kali ini terdapat sekitar 120 pempamer, 250 gerai, tiga persidangan utama dengan 13 topik menarik serta 65 penceramah berpengalaman.
“Melalui pelbagai sesi perbincangan, pembentangan serta pameran, pengunjung berpeluang menyelidiki mekanisme dalam membentuk rangka kerja penyelesaian bandar pintar dan ekonomi digital selain memahami teknologi inovatif yang boleh mereka adaptasi dalam perniagaan,” tegasnya.
SDEC yang diadakan bersempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2023 akan berlangsung selama empat hari bermula 19 hingga 22 Oktober bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
Konvensyen ini turut menjadi platform ucaptama buat pemimpin terkemuka, pengasas serta pakar dalam bidang e-dagang dan inovasi kecerdasan buatan (AI).
“Mereka akan berkongsi pengetahuan berkenaan strategi terbaik membawa dua industri ini ke tahap yang lebih tinggi, memanfaatkan potensi teknologi bagi memacu pertumbuhan ekonomi Malaysia serta mewujudkan ekosistem dinamik dan berdaya saing untuk masa depan,” jelas Yong.
Antaranya ialah Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation, Rizal Nainy; Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Charles Bower; Ketua Negara Funding Societies Malaysia, Chai Kien Poon; Ketua Pegawai Operasi MAVCAP, Noor Amy Ismail; Ketua Pegawai Operasi ZUS Coffee, Venon Tian; dan Ketua Pegawai Eksekutif MyDIGITAL Corporation, Fabian Bigar.
“AI memiliki potensi besar untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan inovasi di Malaysia dalam pelbagai cara termasuk meningkatan kecekapan operasi, inovasi produk dan perkhidmatan, serta memajukan perkhidmatan pelanggan.
“Ia sekali gus membantu mengurangkan kos pengeluaran dan meningkatkan daya saing syarikat Malaysia dalam pasaran global,” kata Yong.
Selain AI, tambahnya, generatif AI juga mempunyai potensi besar untuk menyumbang secara signifikan kepada pencapaian objektif dan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2023.
“Kemampuannya mencipta kandungan, imej dan produk fizikal dapat membantu syarikat membangunkan penyelesaian kreatif dengan lebih cepat, memendekkan masa penyelidikan dan pembangunan, serta membolehkan pengenalan produk dengan lebih pantas ke pasaran,” katanya ketika ditemu bual dalam program Niaga AWANI pada Isnin.
SDEC merupakan sebahagian daripada enam acara utama yang dianjurkan SIBS pada tahun ini.
Konvensyen itu turut menampilkan Ekspo Antarabangsa Selangor (Makanan dan Minuman) dan Ekspo Antarabangsa Selangor (Perubatan), Ekspo Taman Perindustrian Selangor, Ekspo Penyelidikan dan Pembangunan serta Inovasi Selangor, dan Persidangan Perniagaan Asia.
Selangor memperkenalkan SIBS pada 2016 dan tahun lalu sidang niaga tersebut mencatat nilai potensi rundingan berjumlah RM1.45 bilion.
Mereka yang berminat untuk hadir ke konvensyen ini boleh melayari www.sidec.com.my/sdec untuk dapatkan pas penyertaan sekarang.
Nabilah Khaleeda
Wed Oct 18 2023
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari (empat, kanan) merasmikan SDEC 2022 - Persidangan Smart City Asian: Sidang Kemuncak Datuk Bandar di KLCC. - Gambar fail/Sidec
Kastam Melaka tumpaskan penyeludupan minuman keras, rokok hampir RM12.8 juta
JKDM Melaka menumpaskan dua kegiatan penyeludupan minuman keras dan rokok pelbagai jenama melibatkan rampasan bernilai hampir RM12.8 juta termasuk cukai di sekitar Johor pada Februari dan Mei.
10 Berita Pilihan - (30 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pemantapan kerangka insurans sosial negara meliputi pembangunan individu, negara - PM
Pemantapan kerangka insurans sosial negara tidak hanya berasaskan pekerjaan sebaliknya turut meliputi pembangunan individu dan negara secara lebih menyeluruh.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Gawai dan Pesta Kaamatan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah Pesta Kaamatan serta Hari Gawai yang disambut hari ini dan esok mempamerkan kemajmukan masyarakat Malaysia kepada dunia.
Boikot syarikat berkaitan Israel walaupun produk ditawarkan terbaik dalam industri – CEO YADIM
Prinsip boikot terhadap Israel adalah jelas iaitu memboikot semua entiti yang ada kaitan dengan Israel secara keseluruhan.
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini seiring dengan pergerakan di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.
Pesta Kaamatan: Tempahan dan sewa pakaian tradisi jadi tumpuan
Setiap kali menjelang perayaan Pesta Kaamatan, para peniaga pakaian tradisi sentiasa menjadi tumpuan orang ramai untuk membeli selain menyewa baju tradisi untuk digunakan pada majlis yang diadakan.
Pelaburan Google buka ruang limpahan ekonomi pelbagai sektor di Malaysia - Penganalisis
Pembangunan pusat data pertama Google di Malaysia dan Wilayah Awan Google akan membuka ruang kepada sektor lain untuk menerima manfaat.
Polis serbu pusat hiburan disyaki jalankan kegiatan judi
Serbuan itu dilakukan bersama-sama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan selepas memperoleh waran geledah.
Uniknya sub etnik Dusun Tatana
Mungkin masih ramai yang belum mengenali kepelbagaian sub etnik yang wujud dalam suku kaum Kadazan, Dusun, Murut, dan Rungus (KDMR) di Sabah.
Invest Selangor sasar nilai transaksi RM7 bilion melalui SIBS 2024
Invest Selangor Bhd menyasarkan nilai transaksi berpotensi sehingga RM7 bilion daripada Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) tahun ini.
Etika, nilai baik bentuk masa depan AI - Forum
Pendidikan awal mengenai etika dan nilai juga penting untuk membentuk masa depan AI.
SIBS 2023: Selangor tumpu tarik pelaburan berimpak tinggi - Menteri Besar
Selangor tidak boleh selesa dengan kedudukannya sebagai penerima jumlah pelaburan tinggi berbanding negeri-negeri lain, tegas Amirudin.
SDEC 2023: Menggerakkan e-dagang ke arah keunggulan, inovasi AI
Konvensyen Bandar Pintar & Ekonomi Digital Selangor (SDEC) anjuran Kerajaan Negeri Selangor melalui Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) kini kembali lagi.
SIBS 2021 dijalankan secara hibrid, tumpu sektor bisnes perubatan
Enam acara komponen utama akan mengumpulkan pemain-pemain industri dari serata dunia untuk dimanfaat sebaiknya usahawan tempatan.
SIBS2020 hubungkan perniagaan secara dalam talian
Sidang kemuncak maya empat hari itu menawarkan peluang kerjasama dan padanan perniagaan yang membolehkan wakil perniagaan berhubung dan meluaskan jaringan dengan pemain industri serantau ASEAN.