Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan sebagai ahli UMNO, Tun DR Mahathir berhak untuk bersuara dan menulis sesuatu, lapor Bernama.
Muhyiddin juga dilaporkan berkata beliau tidak merasakan Dr Mahathir mempunyai niat tidak baik apabila mempersoalkan tentang dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Saya tidak fikir Tun (Dr Mahathir) berniat tidak baik sebab dia kata dia ahli UMNO dan sebagai ahli UMNO dia berhak untuk bersuara dan kita tidak menyekat beliau bersuara, menulis sesuatu.
"Kita hadapi masa mencabar, kita nak UMNO dan BN (Barisan Nasional) kuat,tak apalah pembangkang kuat tak kuat itu soal dia tetapi yang penting diperingkat UMNO kita mesti bersatu sebab kita akan hadapi rakyat dalam pilihan raya akan datang," Muhyiddin dipetik sebagai berkata oleh Bernama.
Timbalan Perdana Menteri berada di Jakarta sempena lawatan kerja tiga hari yang berakhir hari ini.
Menyentuh kritikan Dr Mahathir terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Muhyiddin berkata beliau menghormati kedua-dua pemimpin dan tidak mahu membuat kenyataan yang berat sebelah kerana apa yang lebih penting ialah rakyat mahukan kebenaran dan parti akan menghadapi pilihan raya.
"Kita kena berlaku adil kepada rakyat,untuk berlaku adil kepada rakyat ialah dengan memberitahu perkara sebenar. Apa yang rakyat mahu ialah kebenaran,apa yang rakyat mahu ialah cerita yang benar.
Kalau mereka mendengar daripada pihak lain, (akan timbul) pelbagai cerita,tetapi tidak dapat disahkan (sama ada) benar (atau) tak benar, jadi (akan) timbul banyak tanda soal dalam kepala dan benak rakyat dan pasti itu tidak baik untuk kita," katanya.
Beliau berkata, kabinet pernah berbincang mengenai perkara itu dan berpendapat bahawa dalam hal seperti itu terutama yang menyentuh peribadi perdana menteri atau keluarganya dan 1MDB, Perdana Menteri lebih tahu daripada orang lain.
Muhyiddin berkata, satu perkara yang perlu diberi perhatian ialah bekas perdana menteri itu diketahui umum sebagai seorang tokoh dan pemimpin sebelum ini dan beliau masih mempunyai pandangan, berpengaruh dan ada pengikutnya.
"Sebab itu, apabila beliau mencetuskan beberapa perkara dalam penulisan beliau, saya sendiri secara peribadi tidak memandang ringan. Ia ada impak dan kesannya. Kalau dia (Dr Mahathir) menyentuh mengenai urusan kerajaan, yang mana patut kita jelaskan, kita patut jelaskan," kata Muhyiddin.
Muhyiddin berkata, dalam isu tertentu yang menyentuh soal seperti 1MDB dan hal yang ada kaitan dengan perdana menteri sendiri, Najib juga boleh bertemu dengan Dr Mahathir untuk menjawab bagi menjelaskan
perkara sebenar.
"Saya setuju supaya bukan sahaja Perdana Menteri menjelaskan (isu-isu yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir) untuk pengetahuan umum supaya tidak ada salah anggapan dan salah fahaman tentang perkara tertentu, penting juga penjelasan untuk pengetahuan rakyat. Tetapi saya fikir yang agak baik ialah pertemuan, kalau Datuk Seri Najib sebagai anak dan Tun sebagai bapa, maka saya pun begitu.
"Jumpalah Tun, kalau dah jumpa dahulu, mungkin perlu jumpa lagi, elok jumpa lagi sebagai bapa dan anak, saya percaya Tun Mahathir pasti akan menerima dan Datuk Seri Najib tidak akan berasa janggal. Janggal makna anda tahu, anda berasa seperti anda tahu bukan (sesuatu yang) luar biasa," kata beliau.
Katanya, jika bersemuka dan saling memahami, maka Najib boleh bertanya dan berbincang secara ikhlas dan mungkin isu yang dibangkitkan itu tidak berterusan serta tidak menjadikan kerajaan pimpinan Najib dalam keadaan serba salah.
Namun dalam masa yang sama Muhyiddin juga meminta Dr mahathir agar memberi peluang kepada Najib untuk mentadbir negara dengan caranya sendiri.
"Ada pandangan berbeza, tetapi biarlah pimpinan kerajaan hari ini cuba laksanakan perkara yang kita fikir beri impak kepada pembangunan sosioekonomi rakyat menerusi program transformasi, rasionalisasi subsidi, bantuan rakyat dalam bentuk BR1M dan sebagainya, ada impaknya walaupun Tun tidak begitu bersetuju dengan perkara begitu," katanya.
Astro Awani
Thu Apr 09 2015
Muhyiddin minta Tun Mahathir beri Najib peluang tadbir dengan cara sendiri
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Bukan koman-koman, PRK Kemaman disifatkan ''battle of honour''
Pilihan Raya Kecil Kemaman disifatkan sebagai battle of honour yang menjadi medan penting untuk menilai dinamik dan landskap politik negara.
PRK Pelangai: Peluang PN, BN menang setara - Takiyuddin
Takiyuddin optimis PN mempunyai kelebihan, impak daripada strategi pecutan akhir yang dilakukan parti itu.
Kalau BN kalah PRK Pelangai, PH kena bertanggungjawab - Mohamad Sabu
Menjadi tanggungjawab jentera PH memastikan kemenangan calon BN di PRK Pelangai.
PRK Pelangai: Bapa ingatkan Amizar jangan tabur janji bulan bintang
"Usah berjanji bulan bintang semata-mata untuk meraih undi", itu pesan bapa kepada calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.
BN hilang 27,000 undi Melayu pada PRK - Isham Jalil
BN kehilangan 27,000 undi Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang berlangsung pada Sabtu.
PRK: PH mungkin hilang Simpang Jeram jika undi BN beralih - KJ
Khairy Jamaluddin tidak menolak kemungkinan Pakatan Harapan (PH) hilang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
'UMNO bertanding sendiri, itu pandangan peribadi saya' - Azalina
Azalina berkata, kenyataannya berkenaan UMNO boleh menimbang bertanding atas tiket sendiri pada pilihan raya selepas ini berbanding menggunakan logo BN adalah pandangan peribadinya.
Pasca PRN Selangor: Perang sudah tamat, kini masa berkhidmat untuk rakyat
Persoalan siapa memiliki 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor telah berakhir dan mandat telah diberikan rakyat kepada pemimpin yang dipilih.
Saarani nafi keluar kenyataan ada perubahan 'besar' jika BN tidak diangkat MB Negeri Sembilan
Saarani berkata perbuatan mewujudkan kenyataan palsu itu langsung tidak membawa sebarang manfaat kepada negara serta rakyat.
Usaha PM bangunkan negara tidak harus ternoktah dengan keputusan PRN - Pemuda UMNO Kota Raja
Mohd Zaffarollah menegaskan biarpun UMNO mengalami kekalahan teruk, namun ia tidak seharusnya mengubah apa-apa keputusan menyertai Kerajaan Perpaduan.