Kerajaan Pulau Pinang menyasarkan untuk menyiapkan sebahagian projek pembinaan jalan berkembar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bernilai RM545.6 juta menjelang pertengahan tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri Zairil Khir Johari berkata sepanjang 2.8km daripada keseluruhan lima kilometer jalan berkembar itu telah siap 75 peratus dan kontraktor akan diminta membina jalan sepanjang 200 meter yang menghubungkan Jalan Paya Terubong berhampiran Durian Cap Cangkul ke lebuh raya baharu untuk akses awam.
"Dua lagi kontraktor yang terlibat dalam bahagian projek yang lain, bahagian mereka tertangguh kerana menghadapi masalah kewangan," katanya kepada pemberita di tapak pembinaan projek Jalan Bukit Kukus di sini.
BACA: Pemaju tidak patuhi pelan ESCP - Zairil
Dua kontraktor berkenaan, Geo Valley Sdn Bhd dan PLB Land Sdn Bhd, masing-masing bertanggungjawab menyiapkan baki jalan sepanjang 1.4km dan 0.8km.
Turut mengiringi Zairil Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Phee Boon Poh dan wakil MBPP, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Mineral dan Geosains.
BACA: Perunding, kontraktor dituntut beri penjelasan punca kecuaian
Terdahulu, pasukan petugas khas Jawatankuasa Kawalan Hakisan dan Kelodak (Ops Lumpur) berada di tapak projek itu untuk menyemak pematuhan garis panduan projek yang ditetapkan dalam Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak (EPSCP).
Sembilan pekerja asing terkorban dan empat cedera dalam kejadian tanah runtuh di tapak projek Bukit Kukus pada 19 Okt tahun lepas.
Untuk mengelakkan bencana yang sama, jurutera residen projek Amir Abdullah berkata beberapa prosedur kawalan hakisan dan sedimen telah dijalankan untuk mematuhi senarai semak EPSCP.
“Bagi memastikan keselamatan, tapak pembinaan menjalankan langkah-langkah kawalan hakisan yang betul seperti memasang geotekstil, mewujudkan empangan penyekat, perangkap kelodak dan tanggul serta melakukan hidropembenihan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 29 2019

Pasukan Bomba dan Penyelamat membawa keluar mayat yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh projek pembinaan Lebuhraya Berkembar di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong, George Town, pada Oktober tahun lalu. --fotoBERNAMA

Kes mahkamah Donald Trump bermula, berpotensi ancam empayar perniagaan
Trump sifatkan pendakwaan ke atasnya kerana mahu gagalkan usahanya merebut jawatan Presiden AS pada 2024.

JPPM luluskan peruntukan GPPK kepada lebih 1,000 persatuan
Peruntukan GPPK berjumlah RM20 juta daripada Belanjawan 2023 bertujuan membantu persatuan penduduk melaksanakan pelbagai aktiviti.

KPWKM sedia beri khidmat kaunseling kepada keluarga jururawat ditikam suami
KPWKM melalui JKM dijadual melawat keluarga mangsa serta menemui dua adik-beradik itu petang semalam.

Gabenor Jeneral New Zealand lawat Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Tunku Azizah juga berkenan mengiringi Kiro melawat muzium kraf sebelum mengakhiri lawatan 90 minit di Kompleks Kraf Kuala Lumpur itu.

Malaysia rekod jualan eksport RM625.42 juta di CAEXPO 2023 - MATRADE
Jualan yang direkodkan adalah dalam sektor makanan dan minuman, penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, produk gaya hidup dan perkhidmatan.

Lapan empangan alami kerosakan perlu pembaikan - NRECC
Kos pembaikan dan penyenggaraan bagi lapan empangan yang mengalami kerosakan dianggar mencecah RM135.82 juta.

Turki tahan 20 individu disyaki ada kaitan letupan di Ankara
Kementerian Dalam Negeri berkata, kesemua suspek itu ditahan di Istanbul dan wilayah Kirikkale, timur Ankara.

Belanjawan 2024: Levi luar biasa bagi penanam sawit Sabah, Sarawak - MPOA
MPOA turut memohon kerajaan untuk menyemak semula ambang harga WPL sebanyak RM500 satu tan minyak sawit mentah.

Pelaksanaan Garis Panduan Buli, Gangguan Seksual perlu komitmen semua pihak - Pakar
Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual akan menjadi komponen penting dalam mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Nadma akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

Sebahagian jalan berkembar Bukit Kukus dibuka pada pertengahan 2020
Zairil Khir Johari berkata sepanjang 2.8km daripada keseluruhan lima kilometer jalan berkembar itu telah siap 75 peratus.