awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebahagian Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup 16 September

Sinar Harian
Sinar Harian
11/09/2023
03:45 MYT
Sebahagian Jambatan Kedua Pulau Pinang ditutup 16 September
Jambatan Kedua Pulau Pinang akan ditutup sebahagian bagi memberi laluan kepada program Cultural Night Run @ Penang 2nd Bridge pada 17 September ini. - Foto fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah atau lebih dikenali sebagai Jambatan Kedua Pulau Pinang akan ditutup sebahagian bagi memberi laluan kepada program Cultural Night Run @ Penang 2nd Bridge pada 17 September ini.
Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) dalam kenyataannya berkata, penutupan sementara itu melibatkan laluan dari arah Batu Maung ke Batu Kawan.
Katanya, laluan sehala keluar pulau dari arah Batu Maung ke Batu Kawan akan ditutup bermula jam 6 petang (16 September) hingga jam 2 pagi pada 17 September.
Bagaimanapun kata JKSB, laluan keluar dari Bandar Cassia (Plaza Tol C) ke Lebuh Raya Utara Selatan dan laluan masuk ke pulau dari arah Batu Kawan ke Batu Maung (Plaza A, Plaza B Bandar Cassia dan Plaza JK2PP) dibuka seperti biasa.
"Penutupan sementara sebahagian jambatan ini adalah untuk program Cultural Night Run @ Penang 2nd Bridge. Laluan yang terjejas akan dibuka dan beroperasi seperti biasa selepas tamat acara larian tersebut.
"Sehubungan itu, JKSB menasihatkan orang ramai supaya menggunakan Jambatan Pulau Pinang sebagai laluan alternatif keluar pulau dan mematuhi semua papan tanda serta arahan yang diberikan.
"Terima kasih kepada semua pengguna lebuh raya atas perhatian dan kerjasama yang diberikan. Pengguna juga boleh menghubungi Hotline JKSB di talian 1300-30-2828 untuk mendapatkan maklumat trafik atau ingin mendapatkan bantuan jika berlaku kecemasan," katanya pada Isnin. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jambatan Kedua Pulau Pinang
#Cultural Night Run
#ditutup sementara
#Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan