awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebahagian siling di wad kecemasan Hospital Kluang runtuh

Bernama
Bernama
19/03/2019
12:27 MYT
Sebahagian siling di wad kecemasan Hospital Kluang runtuh
Sebahagian siling berdekatan kawasan tempat menurunkan pesakit di bahagian Wad Kecemasan Hospital Enche Besar Hajah Kalsom (HEBHK) Kluang, di sini dilaporkan runtuh petang tadi.
Sebahagian siling berdekatan kawasan tempat menurunkan pesakit di bahagian Wad Kecemasan Hospital Enche Besar Hajah Kalsom (HEBHK) Kluang, di sini dilaporkan runtuh petang tadi.
Pengarah HEBHK Dr Azura Abu Bakar berkata kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.50 petang itu, tidak membabitkan sebarang kecederaan kerana tidak ada pesakit, pelawat atau staf hospital berhampiran kawasan berkenaan.
Katanya, kejadian itu berlaku tiba-tiba sahaja kerana semasa kejadian cuaca elok dan kini punca kejadian siling runtuh masih dalam siasatan pihak hospital.
"Buat masa ini kerja-kerja pembersihan juga sedang giat dijalankan dan operasi serta perkhidmatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma juga berjalan seperti biasa.
"Begitu juga dengan semua ambulans yang diletakkan berhampiran kawasan kejadian juga tidak mengalami sebarang kerosakan dan boleh beroperasi seperti biasa," katanya kepada pemberita, hari ini.
Jelasnya lagi, orang ramai tidak perlu risau kerana ia membabitkan kerosakan kecil dan kawasan lain di hospital tidak terlibat dengan insiden yang berlaku ini.
Topic Berkaitan
#Azura Abu Bakar
#HEBHK
#Hospital Enche Besar Hajah Kalsom
#Jabatan Kecemasan dan Trauma
#siling runtuh
#Wad Kecemasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan