awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa Blackpink dilantik Duta Amazing Thailand
Warisan India berkembang pesat di Malaysia - Modi
Subsidi bersasar RON95 dijangka beri penjimatan fiskal RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebar gambar lucah bekas teman wanita, penganggur berusia 40 tahun ditahan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
28/10/2025
11:30 MYT
Sebar gambar lucah bekas teman wanita, penganggur berusia 40 tahun ditahan
Naazron berkata, suspek merupakan seorang penganggur yang mempunyai sembilan rekod jenayah lampau manakala mangsa berusia 17 tahun. - Gambar fail/BERNAMA
KAJANG: Polis menahan seorang lelaki berusia 40 tahun selepas disyaki menyebarkan gambar lucah bekas teman wanitanya melalui kumpulan WhatsApp pelajar sebuah kolej di sini, tempat mangsa pernah menuntut.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata siasatan mendapati gambar-gambar tidak senonoh itu disebarkan dengan niat untuk mengaibkan mangsa.
“Pihak polis menerima laporan daripada kakitangan kolej berkenaan, pada jam 8.26 malam, Khamis lalu.
"Menurut laporan itu, gambar-gambar lucah dan mengaibkan yang disebarkan dalam kumpulan WhatsApp pelajar kolej itu adalah bekas pelajar kolej tersebut," katanya dalam kenyataan, di sini pada Selasa.
Susulan laporan itu, Naazron berkata, polis menahan bekas teman lelaki mangsa di Saujana Putra, pada Ahad lalu dan direman selama tiga hari sehingga Rabu bagi membantu siasatan.
"Pemeriksaan mendapati suspek merupakan seorang penganggur yang mempunyai sembilan rekod jenayah lampau manakala mangsa berusia 17 tahun.
"Polis turut merampas sebuah telefon pintar milik suspek," ujarnya.
Kes itu kata beliau, disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.
Beliau memberitahu, selain itu, siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.
Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Siti Aidah Yem di talian 010-2176278 atau mana-mana balai polis berhampiran dengan segera bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#rekod jenayah lampau
#telefon pintar
#WhatsApp
#gambar lucah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan