Bekas pelajar pondok Pak Teh Kroh, Perak sempat memohon maaf pada ibunya sebelum maut akibat kemalangan di Batu 1 di sini kelmarin.
Difahamkan, dalam kejadian jam 1.30 petang itu, mangsa menaiki motosikal jenis Kriss 100 terlanggar sebuah lori yang keluar dari simpang dan meninggal dunia di lokasi.
Ibu, Kasmah Endut, 54, dari Kampung Luar berkata, arwah, Mohd Rafi Abdul Majid, 28, bekerja sebagai penghantar ayam siap diproses di pekan Kuala Ketil.
Menurutnya, Mohd Rafi ada menghubunginya jam 12.55 tengah hari pada hari kejadian namun panggilan itu tidak sempat dijawab.
"Apabila mak cik hubunginya semula dia jawab tersalah tekan dan mahu hubungi kawannya. Sewaktu berbual arwah ada tanya khabar saya dan suami.
"Sebelum letak telefon arwah juga sempat memohon maaf," katanya ketika ditemui di Kampung Luar di sini semalam.
Kasmah berkata, dia merasa pelik dengan sikap arwah namun tidak mengesaki apa-apa terhadap anaknya itu yang sering menziarahinya atau menghubunginya.
"Arwah setiap minggu akan balik ziarah saya dan suami. Kebiasaannya dia juga akan talefon tanya khabar selepas Asar atau Maghrib.
"Waktu panggilan kelmarin, arwah juga beri tahu sedang bersiap-siap untuk pulang ke rumah ibu mertua terletak di Kampung Padang Geh dari market Kuala Ketil," katanya.
Menurutnya, anak ketiga daripada enam beradik itu dalam penantian menimang cahaya mata pertama yang dijangka lahir pada 29 Julai ini selain berhasrat untuk berhenti kerja untuk tinggal bersamanya di kampung.
"Dia kata selepas isterinya habis pantang nak balik tinggal bersama mak cik dan mulakan semula perniagaan nasi lemak.
"Sebelum menikah, arwah dan mak cik sama-sama berniaga nasi lemak di depan kampung. Selepas kahwin, barulah dia bekerja menghantar ayam di Kuala Ketil," katanya.
Kasmah berkata, arwah yang pernah menuntut ilmu di Pondok Pak Teh Kroh Perak hampir dua tahun mengambil keputusan berhenti untuk menjaga ayah yang mengalami sakit strok.
"Apabila suami mak cik sakit strok dalam tahun 2012 atau 2013, dia berhenti mengaji dan balik jaga ayahnya," katanya.
Kakak sulung arwah, Sakinah Abd Majid,41, berkata, arwah ada bergurau dengan kawan-kawannya bahawa kelmarin ialah hari terakhir dia menghantar ayam dan tidak menyangka ia menjadi kenyataan.
Dalam pada itu, abang, Mohd Salim Abd Majid berkata, adiknya sempat mengucap dua kalimah syahadah ketika dipapah orang ramai yang datang membantu.
Sementara itu, pihak polis mengesah menerima laporan kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sinar Harian
Sat Jun 22 2019
Dalam kejadian jam 1.30 petang itu, mangsa menaiki motosikal jenis Kriss 100 terlanggar sebuah lori yang keluar dari simpang dan meninggal dunia di lokasi. - Foto Sinar Harian
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
'Sebelum meninggal dia sempat telefon, mohon maaf pada mak cik'
Bekas pelajar pondok Pak Teh Kroh, Perak sempat memohon maaf pada ibunya sebelum maut akibat kemalangan di Batu 1 di sini kelmarin.