awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Sebenarnya, rakyat tak meluat terhadap kerajaan, tetapi...'

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
21/10/2020
03:41 MYT
'Sebenarnya, rakyat tak meluat terhadap kerajaan, tetapi...'
CHE ABDULLAH: Sebenarnya, rakyat sangat berpuas hati dengan prestasi kerajaan mentadbir negara di tengah-tengah pandemik COVID-19 dan pelaksanaan PKPB ini. - Gambar fail
KOTA BHARU:Pas mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional yang dibentuk bersama UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai kerajaan yang kukuh dan diterima baik rakyat.
Sebaliknya, kata Setiausaha Pas Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi, sikap segelintir pemimpin telah menyebabkan politik kini berdepan ketidaktentuan.
“Sebenarnya, rakyat tak meluat terhadap kerajaan. Kerana, rakyat sangat berpuas hati dengan prestasi kerajaan mentadbir negara di tengah-tengah pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini," katanya pada Selasa.
Sebaliknya, kata Che Abdullah, rakyat diberikan gambaran bahawa negara tidak mempunyai sumber kewangan.
"Tetapi, apabila berlaku perubahan kerajaan, dan aktiviti ekonomi terhenti sejak Mac lalu, kerajaan masih mempunyai wang untuk bantu rakyat.
"Ini menyebabkan rakyat lega dengan pertukaran kerajaan. Tetapi, apabila ada usaha hendak melahirkan politik panas, ini yang membuatkan rakyat rasa meluat,” katanya.
Che Abdullah yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan dalam pada itu meluahkan kekesalan kerana segelintir ahli politik masih mahu berpolitik, walaupun sudah ditegur Yang di-Pertuan Agong.
Topic Berkaitan
#PAS
#UMNO
#politik
#COVID-19
#Perikatan Nasional
#Che Abdullah Mat Nawi
#meluat
#pemimpin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan