awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebutan semula kes bunuh Nurul Asikin 17 Mac ini

Bernama
Bernama
10/02/2025
07:15 MYT
Sebutan semula kes bunuh Nurul Asikin 17 Mac ini
Zakwan Mokhtar didakwa menyebabkan kematian Nurul Asikin sebelum mayat wanita itu ditemukan dalam keadaan reput dalam longkang Disember tahun lalu.- Gambar fail/Bernama
KUCHING: Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 17 Mac untuk sebutan semula kes seorang pemandu e-hailing yang didakwa membunuh Nurul Asikin Lan yang mayatnya ditemukan dalam longkang di Jalan Setia Raja, Tabuan di sini pada Disember lepas.
Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali menetapkan tarikh itu berikutan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Jean Siow Chung Hwei yang memaklumkan pihaknya sedang menunggu laporan asid deoksiribonukleik (DNA) dan bedah siasat mangsa.
Zakwan Mokhtar, 24, yang tidak diwakili peguam didakwa menyebabkan kematian Nurul Asikin, 29, sebelum mayat wanita itu ditemukan dalam keadaan reput dalam longkang di Jalan Setia Raja, Tabuan di sini pada 9.10 malam, 14 Dis tahun lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman mati, boleh disebat tidak kurang 12 sebatan.
Sebelum ini, media melaporkan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata berkata suspek mengaku melakukan jenayah itu ekoran terdesak memerlukan wang sebagai perbelanjaan menyaksikan perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Kemboja di kejohanan Piala Mitsubishi Electric Asean 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemandu e-hailing
#didakwa bunuh
#Nurul Asikin Lan
#mayat dalam longkang
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan