IPOH: Terdapat segelintir peniaga dan pengunjung di bazar Ramadan di Perak tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan seperti tidak memakai pelitup muka dengan betul serta tidak mengimbas kod MySejahtera di pintu masuk bazar.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata kesalahan itu dikenal pasti hasil pemantauan pihaknya di bazar Ramadan di bandar raya Ipoh baru-baru ini yang mendapati segelintir peniaga dan pengunjung bazar sudah mula cuai serta tidak mengamalkan SOP ditetapkan.
"Ada berlaku sedikit pelanggaran SOP, orang ramai sudah mula leka dan cuai, sebagai contoh kod QR MySejahtera ada diletakkan di setiap pintu masuk bazar tetapi ada yang tidak mengimbasnya.
"Jadi, selepas ini kita akan turun (melakukan pemantauan SOP) untuk laksanakan bersama-sama dengan beberapa agensi kerajaan yang lain," katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan bersama Ketua Agama Kristian, Hindu dan Buddha di Auditorium Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara di sini hari ini.
Mior Faridalathrash berkata pihaknya meminta kerjasama peniaga termasuk pengunjung bazar Ramadan supaya sentiasa mematuhi SOP ditetapkan kerajaaan bagi mengekang wabak COVID-19 walaupun ketika ini negara sudah beralih kepada Fasa Peralihan ke Endemik.
Beliau berkata pihaknya akan melaksanakan program 1 Pegawai Polis 1 Rumah Ibadat sama seperti 1 Pegawai Polis 1 Masjid sebelum ini dan telah meminta semua ketua polis daerah untuk melaksanakan program tersebut dalam masa terdekat yang bertujuan meningkatkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti pencegahan jenayah dengan menyalurkan maklumat jenayah kepada polis.
Katanya, ketika ini terdapat 1,375 rumah ibadat selain Islam di Perak.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 12 2022
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata kesalahan itu dikenal pasti hasil pemantauan pihaknya di bazar Ramadan di bandar raya Ipoh baru-baru ini. - Gambar fail/BERNAMA
Perdana Menteri zahir penghargaan kepada 80,000 polis, penjawat awam
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, semangat dan kecekalan penjawat awam, khasnya pasukan polis dalam membantu mangsa banjir, harus dihargai dan dikagumi.
Mangsa banjir di seluruh negara catat penurunan
Jumlah mangsa banjir di seluruh negara mencatatkan penurunan.
Setakat 4 petang ini, sejumlah 75,469 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara, PPS.
Setakat 4 petang ini, sejumlah 75,469 mangsa masih berada di pusat pemindahan sementara, PPS.
Malaysia guna diplomasi lunak tangani perubahan susulan pendirian Trump
Malaysia akan kekal berkecuali dan bersedia menghadapi kemungkinan perubahan landskap ekonomi global susulan pemilihan semula Donald Trump memimpin Amerika Syarikat (AS).
Jangan polemikkan isu SPM diteruskan - NUTP
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) berharap masyarakat tidak mempolemikkan isu pelaksanaan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikut jadual.
“Adakah pendirian PN menentang Bahasa Tamil dan Bahasa Cina” - YB Jelutong
Kekecohan didalam Dewan Rakyat ketika Ahli Parlimen Hulu Terengganu berbahas dan mencadangkan bahasa yang digunakan untuk perpaduan negara.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Pelajar terkesan banjir diberi kelonggaran hadiri ujian lisan SPM - Fadhlina
Fadhlina berkata kementerian kini memberikan fokus kepada fasa pembugaran emosi bagi mempersiapkan mental pelajar yang terkesan akibat banjir menghadapi peperiksaan itu.
Amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri
MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan cuaca itu juga diramal berlaku di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Kerajaan teliti bina tebing tinggi di kawasan pantai atasi banjir
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kerajaan akan meneliti kajian Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) untuk membina tebing tinggi di seluruh kawasan pantai bagi mengatasi masalah banjir.
Projek tebatan banjir di seluruh negara mengikut jadual
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, projek tebatan banjir yang sedang dilaksanakan di seluruh negara mengikut jadual, walaupun beberapa projek dibatalkan pada 2022 sebelum ditender semula.
Hotel kucing jadi tumpuan ketika banjir
Wakil Astro AWANI Kedah, Abd Hadi Che Awang membawakan perkembangan terkini banjir di Kedah dengan tumpuan kepada hotel kucing yang mendapat perhatian.
Kadar sewa bazar Ramadan Putrajaya diturunkan - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penurunan kadar sewa lot bazar Ramadan dari RM1,000 kepada RM850 kepada penjaja dan peniaga kecil di bawah Perbadanan Putrajaya.
Kempen Hargai Makanan Elak Pembaziran sedarkan rakyat bahaya pembaziran makanan
Memberi kesedaran mengenai keburukan pembaziran makanan yang mengundang kepada pencemaran alam sekitar.
Bazar Ramadan Kampong Gelam kembali di Singapura, sambut kemeriahan Ramadan
Acara yang bertemakan Raikan Cahaya Ramadan mula beroperasi pada 15 Mac lalu sehingga 16 April.
Tanpa tunai di Bazar Ramadan MBPJ, sedia kawasan khas p-hailing - Datuk Bandar
Selain beribadah di bulan yang mulia, bazar Ramadan juga antara yang ditunggu-tunggu umat Islam di negara ini.
Bazar Ramadan, Aidilfitri 2022 rekod nilai jualan RM2.4 bilion - DOSM
Bazar Ramadan dan Aidilfitri pada tahun ini merekodkan nilai jualan sebanyak RM2.4 bilion dan mewujudkan 156,361 peluang pekerjaan.
Kuih limas 'inti' gumpalan rambut: Premis dan rumah penjual diperiksa
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan Negeri Perak pada Khamis telah menjalankan pemeriksaan premis makanan susulan kejadian tular segumpal rambut ditemui di dalam kuih limas.
PM berkunjung ke Bazar Ramadan Putrajaya
Aspek pematuhan SOP perlu dijadikan amalan bagi membolehkan proses pengesanan dilakukan KKM.
Hari pertama, Bazar Ramadan Kelana Jaya diserbu ribuan pengunjung
Hari ini, kemeriahan turut dirasai di bazar-bazar ramadan yang menjadi tumpuan masyarakat apabila ramai meluangkan masa untuk mencari pelbagai juadah berbuka puasa.
Festival Ramadan Putrajaya 2022 sasar 500,000 pengunjung
Sebanyak 500,000 pengunjung disasarkan dalam penganjuran Festival Ramadan Putrajaya 2022 (FRP 2022) yang bakal diadakan pada 31 Mac sehingga 2 Mei depan.
Bazar Ramadan akan dibenar operasi tahun ini - PM
Prosedur operasi standard (SOP) bazar tersebut akan diperhalusi dan diumumkan apabila sampai masanya nanti.