awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Segerakan kelulusan parti Bersatu - Wira Perkasa

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
07/08/2016
23:38 MYT
Segerakan kelulusan parti Bersatu - Wira Perkasa
Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris berkata masalah kelulusan parti itu tidak seharusnya timbul memandangkan pelbagai cemuhan diberikan ke atas parti tersebut seolah-olah ia tidak akan kekal lama. - fotoBERNAMA
Wira Perkasa Malaysia mahu Kementerian Dalam Negeri meluluskan segera pendaftaran parti baharu Parti Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Menurut Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris, Parti Bersatu yang diasaskan beberapa bekas pemimpin tertinggi UMNO itu juga seharusnya diluluskan dalam tempoh 96 jam selaras dengan amalan demokrasi negara ini.
Kata Irwan, masalah kelulusan parti itu tidak seharusnya timbul memandangkan pelbagai cemuhan diberikan ke atas parti tersebut seolah-olah ia tidak akan kekal lama.
“Janganlah pula beretorik, kononnya tiada masalah utk meluluskan pendaftaran parti baru ini tetapi berselindung dari berbagai syarat.
“Pasti pihak yang memohon telah memenuhi segala syarat kerana mereka yang memohon sudah pasti arif dengan syarat dan dasar-dasar permohonan.
“Luluslah pendaftaran parti baru ini dalam tempoh 96 jam supaya selari dengan janji, cemuhan dan kejian. Biar rakyat membuat keputusan,” katanya dalam satu kenyataan media pada Ahad.
Pada 14 Julai lalu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa beliau akan menubuhkan parti baharu yang akan menjadi sebahagian komponen pakatan pembangkang bagi menghadapi Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
Sementara itu dilaporkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan membuat permohonan untuk mendaftarkan parti politik baharu dalam masa terdekat.
Topic Berkaitan
#Bersatu
#Irwan Fahmi Ideris
#Tun Dr Mahathir Mohamad
#Wira PERKASA Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan