awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Segerakan RTB, elak banjir di Melaka

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
20/12/2021
00:38 MYT
Segerakan RTB, elak banjir di Melaka
Pemandangan udara berkenaan situasi semasa banjir yang melanda Lubok China. - Foto BERNAMA
LUBOK CHINA: Isu banjir di Melaka mampu diatasi seandainya Projek Tebatan Banjir (RTB), bernilai RM1 bilion yang telah diluluskan kerajaan pusat bulan lalu, disegerakan.
Ia adalah langkah penyelesaian jangka panjang terbaik memandangkan empat daripada enam RTB yang dirancang pembinaannya, telah diluluskan kerajaan pusat.
Exco Pengurusan Banjir Negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, projek RTB itu melibatkan naik taraf Kolam Tebatan Banjir Krubong bernilai RM600 juta, RTB Alor Gajah fasa 1 (RM30 juta), RTB Sungai Duyong (RM163 juta), RTB Jasin (RM60 juta) dan RTB Sungai Melaka fasa 1 (RM40 juta).
"Sebagai langkah penyelesaian saya beri contoh di sebelah Krubong untuk jangka panjangnya, kita ada penyelesaiannya pembinaan tebatan banjir di Krubong yang bernilai RM600 juta dan telah diluluskan oleh kerajaan pusat.
"Kalau di sini di, Lubok China, jalan penyelesaian adalah untuk jangka panjang apabila terbinanya empangan Sungai Jerneh, untuk jangka pendek kita akan selesaikanlah seperti disebabkan oleh ban yang pecah tu kita akan buat pembaikan dan jugak membesarkan pembentung ataupun 'crossing calvet'," katanya.
Katanya, banjir di kawasan terjejas disebabkan limpahan air dari beberapa sungai terutama yang bersambung dengan negeri jiran seperti Negeri Sembilan.
Hujan lebat luar biasa sepanjang monsun timur laut ketika ini, jelasnya, antara punca berlaku banjir besar di beberapa negeri termasuk Melaka.
Kejadian banjir itu juga katanya mengakibatkan dua jalan utama di Kampung Sungai Siput dan laluan ke pekan Lubok China ditutup.
Hujan luar biasa kali ini juga tambahnya, mengakibat berlaku runtuhan di beberapa lereng bukit di sekitar Durian Tunggal termasuk di Taman Belimbing Setia.
Namun jelasnya, runtuhan tebing berkenaan tidak membahayakan seramai 1,500 penduduk taman berkenaan.
Sehingga tengah malam tadi, seramai 826 mangsa membabitkan 183 keluarga telah dipindahkan ke 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negeri Melaka.
Jasin merupakan daerah baharu yang terjejas dengan sebuah PPS di Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu Benteng mula dibuka lewat malam tadi.
Topic Berkaitan
#banjir
#Melaka
#limpahan air
#Lubok China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan