KOTA BHARU: Semua agensi agama di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan meneruskan usaha membantu rakyat yang terkesan pandemik COVID-19 menerusi Tabung Musa'adah COVID-19 sepanjang tempoh 14 hari sekatan pergerakan penuh di seluruh negara yang bermula 1 Jun ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata petugas agensi terlibat diminta menggiatkan lagi usaha bagi memastikan bantuan menerusi tabung itu sampai kepada golongan yang memerlukan.
"Agensi-agensi agama terlibatkan akan diminta menggiatkan lagi usaha menyalurkan bantuan kerana kita ada Tabung Musa'adah COVID-19 di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Penyerahan barangan keperluan ini akan dibantu oleh jentera agensi dan komuniti masyarakat bagi memastikan setiap barangan sampai sehingga ke "tangga" rumah penduduk.
"Tahun ini sahaja kita sudah membelanjakan lebih RM10 juta bagi tujuan bantuan kepada pihak yang terkesan. Tabung ini agak besar dananya dan ditubuhkan untuk memberi bantuan kepada pihak terjejas," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada penyerahan barangan keperluan makanan sumbangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Kelantan kepada penduduk Kampung Pauh Lima, di sini hari ini.
Turut hadir Pengurus YaPEIM Kelantan, Nik Mohd Nurul Ihsan Salleh.
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan di Kampung Pauh Lima, Mukim Gunong dekat Bachok dan Kampung Pauh Lima, Mukim Banggu di Kota Bharu bermula 19 Mei hingga 1 Jun ini.
Mengulas mengenai PKPD di Kampung Pauh Lima, Ahmad Marzuk berkata kesemua bekalan akan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Pauh Lima yang dijadikan sebagai pusat pengumpulan.
"Kita tahu ekoran PKPD dan lockdown bermula 1 Jun ini, semua pergerakan penduduk terbatas.
"Namun, setiap bantuan dijamin akan sampai kepada penduduk dan tiada satu keluarga yang akan terlepas dan kesemua akan menerima manfaat daripada kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 29 2021
Ahmad Marzuk berkata petugas agensi terlibat diminta menggiatkan lagi usaha bagi memastikan bantuan menerusi tabung itu sampai kepada golongan yang memerlukan. - Gambar fail/Bernama
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Keputusan UPKK Khamis depan
Keputusan UPKK Tahun 2024 boleh disemak pada 18 April bermula jam 12 tengah hari.
Isu logo didakwa mirip kalimah Allah di tapak kasut: Tindakan tegas jika disengajakan - Jakim
Tindakan sewajarnya perlu diambil sekiranya wujud elemen disengajakan dalam isu logo kasut keluaran Vern's yang didakwa mirip kalimah Allah.
Polis rampas 1,145 kasut guna logo mirip kalimah Allah - KPN
Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas sebanyak 1,145 pasang kasut bagi membantu siasatan berkaitan logo kasut didakwa mirip kalimah Allah.
Logo kasut didakwa mirip kalimah Allah, JAKIM panggil pihak berkaitan esok
JAKIM telah diarah memanggil pihak berkaitan logo kasut yang didakwa seakan-akan mirip kalimah Allah, esok untuk mendapatkan penjelasan lanjut.
Masjid Negara mohon maaf isu pengunjung lelaki dipaksa pakai tudung
Pengurusan Masjid Negara memohon maaf berhubung video tular mengenai tindakan seorang pengawal keselamatan wanita yang meminta pengunjung lelaki memakai tudung ketika memasuki masjid berkenaan.
Kasut Vern's: Mula-mula marah, tetapi enggan bersikap semberono - Dr Akmal
Jika tiada penjelasan dalam 24 jam, Dr Akmal berkata, Verns diharap tidak menyalahkan mana-mana pihak sekiranya gerakan boikot berlaku.
Perdana Menteri dijangka hadir Majlis Iftar MADANI anjuran JAKIM esok
Majlis bermula pukul 5.30 petang, akan turut menyediakan 10,000 pek juadah berbuka dan bubur lambuk Kampung Baru.
Stoking kalimah Allah: JAKIM beri amaran keras kepada pengurusan KK Supermart
JAKIM memberi amaran keras kepada pengurusan KK Supermart and Superstore Sdn Bhd supaya isu melibatkan sensitiviti keagamaan tidak berulang lagi.
Mohamad Sabu terima kunjungan hormat Menteri Luar Argentina, persijilan halal antara dibincang
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu menerima kunjungan hormat Menteri Luar Argentina Diana Mondino, semalam.
Majlis ilmu Madani digerakkan di kementerian, jabatan kerajaan - Mohd Na'im
Majlis ilmu Madani akan terus digerakkan di semua kementerian dan jabatan kerajaan bagi menyemarakkan budaya ilmu dalam masyarakat.