awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Sekiranya tolak belanjawan, bagaimana nak jelaskan kepada rakyat?' - Anwar

Agensi
Agensi
30/11/2020
09:12 MYT
'Sekiranya tolak belanjawan, bagaimana nak jelaskan kepada rakyat?' - Anwar
Menurut Anwar, beliau akan mengambil tindakan serupa jika berhadapan situasi sama selepas ini kerana baginya, sebarang usaha untuk membantu rakyat harus diterima. -Gambar fail
KUALA LUMPUR :Majoriti pembangkang tidak menolak Belanjawan 2021 kerana kebanyakan permintaan mereka untuk menambah baik belanjawan itu dipersetujui Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sekiranya belanjawan yang dilihat banyak membantu masyarakat itu ditolak, bagaimana mereka mahu menjelaskan situasi berkenaan kepada rakyat.
Tegasnya, sudah pasti rakyat marah kerana banyak peruntukan untuk mereka tidak diluluskan disebabkan pembangkang memilih untuk menolak belanjawan tersebut.
“Saya faham, Mat Sabu (Mohamad Sabu) kata mandat kita mesti tolak dan Guan Eng (Lim Guan Eng) pun kata perkara sama, tapi saya kata bagaimana kita hendak terangkan kepada masyarakat.
“Bukan saja kita berdepan masyarakat bandar dan kota, tetapi juga desa, luar bandar, juga Sabah yang semua dapat peruntukan tambahan... dan gaji penjawat awam, elaun, subsidi untuk nelayan dan pekerja staf kesihatan.
“Bagaimana kita nak jelaskan? Kita (rakyat) dapat ini, kenapa kamu tolak?,” katanya dalam rakaman video temu bual bersama TheVibes.com.
Tambah Anwar, berdasarkan pertimbangan itulah, beliau memutuskan untuk tidak menyertai undi belah bahagi dalam Dewan Rakyat baru-baru ini.
“Ada yang kata kita sokong belanjawan, itu tidak betul. Saya harap kita boleh dengar semula beberapa minit yang kritis, bila Speaker tanya yang setuju kata setuju, yang tidak kata tidak.
“Yang tidak pun kuat laungannya tapi prosedur, ini peraturan Parlimen. Bila sebut begitu, dianggap suara bersetuju lebih ramai tapi nak kata kita setuju, tak betul.
“Sebab itu jangan politikkan isu ini,” ujarnya.
Tegasnya, sekiranya beliau berdepan situasi serupa selepas ini, keputusan sama akan diambil kerana baginya, sebarang usaha untuk membantu rakyat harus diterima.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Lim Guan Eng
#Mohamad Sabu
#Mat Sabu
#Dewan Rakyat
#KWSP
#Belanjawan 2021
#tolak belanjawan
#pembangkang
#Parlimen
#subsidi
#menteri
#nelayan
#penjawat awam
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan