awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jajaran sempadan Malaysia-Indonesia: Malaysia dapat tambahan kawasan 780 hektar - PM Anwar
KKDW nilai cadangan sokongan bagi usahawan profesional buka klinik fisioterapi luar bandar
Dr Akmal masih jalankan tugas Exco Melaka seperti biasa - KM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekolah Agama JAIS turut ditutup dua hari mulai esok

Bernama
Bernama
04/10/2015
14:46 MYT
Sekolah Agama JAIS turut ditutup dua hari mulai esok
Semua sekolah agama di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan turut ditutup selama dua hari mulai esok. -Gambar hiasan
Semua sekolah agama di bawah kendalian Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan turut ditutup selama dua hari mulai esok.
Timbalan Pengarah JAIS, Ahmad Zaki Arsad berkata ia selaras dengan kenyataan Kementerian Pendidikan yang mengarahkan sekolah di seluruh Semenanjung kecuali Kelantan ditutup selama dua hari berikutan jerebu teruk yang melanda.
"Tiada penggantian kelas perlu dilakukan berikutan penutupan ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata bagaimanapun pentadbir sekolah perlu bertugas seperti biasa.
Sementara itu Universiti Selangor (UNISEL) akan turut menangguhkan operasinya esok dan akan kembali beroperasi seperti biasa pada Selasa.
Pemangku Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Pengantarabangsaan UNISEL, Prof Dr Mokhtar Abdullah berkata keputusan itu dibuat berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Selangor yang semakin meningkat. "Penutupan operasi melibatkan kedua-dua kampus di Bestari Jaya dan Shah Alam," katanya dan menambah pengumuman mengenai penangguhan pengajian seterusnya akan diumumkan berdasarkan pemantauan IPU dari semasa ke semasa.
Setakat pukul 7 malam ini, Shah Alam mencatatkan bacaan IPU 183, Pelabuhan Klang (180) dan Banting (168).
Topic Berkaitan
#Ahmad Zaki Arsad
#jasi
#jerebu
#sekolah tutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan