awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekolah di Selangor sentiasa pantau fahaman ekstremisme

Bernama
Bernama
20/02/2015
14:24 MYT
Sekolah di Selangor sentiasa pantau fahaman ekstremisme
Pemantauan perlu bagi mengekang sebarang penyebaran fahaman ekstremisme. - Gambar hiasan
Semua sekolah di negeri Selangor sentiasa diminta memantau aktiviti pelajar bagi memastikan mereka tidak terpengaruh dengan elemen negatif termasuk menyertai perjuangan kumpulan militan. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Zainuren Mohd Nor berkata pihaknya turut bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mengekang sebarang penyebaran fahaman ekstremisme dalam kalangan pelajar. "Buat masa ini tiada pelajar sekolah di bawah kelolaan kami mahupun di bawah seliaan jabatan agama negeri ini yang terlibat dalam kegiatan militan seperti itu," katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penahanan seorang pelajar perempuan dari sebuah institut tahfiz di sini yang ditahan polis Selasa lepas kerana dikatakan cuba menyertai jihad kumpulan militan IS di Syria. Pelajar berusia 14 tahun yang berasal dari Muar, Johor itu dipercayai terpengaruh selepas berinteraksi melalui Facebook dengan dua individu yang cuba mempengaruhi pelajar itu menyertai kumpulan pengganas di negara itu. Zainuren berkata sekolah dan institusi pendidikan seharusnya mengambil langkah proaktif dan berjaga-jaga terhadap tindakan agresif kumpulan militan yang cuba mempengaruhi pelajar melalui laman sosial Facebook. "Kemungkinan pelajar yang ditahan itu dari sekolah persendirian...kita berharap penyelia dan pengetua sekolah dan mana-mana institusi pendidikan mengambil langkah berjaga-jaga terhadap perkara ini," katanya.
Topic Berkaitan
#elemen negatif
#militan
#pelajar
#sekolah
#Selangor
#Zainuren Mohd Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan