awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua wanita Indonesia mangsa eksploitasi buruh paksa diselamatkan - KP Imigresen
Tiga lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh warga asing di Sibu
14 kementerian gagal capai sasaran perbelanjaan projek pembangunan - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekolah perlu prihatin jamin kesihatan pelajar susulan jerebu - Najib

Bernama
Bernama
21/06/2013
08:16 MYT
Sekolah perlu prihatin jamin kesihatan pelajar susulan jerebu - Najib
Pihak sekolah perlu lebih prihatin bagi menjamin kesihatan dan keselamatan pelajar ketika musim jerebu ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri menerusi twitternya hari ini berkata sekolah perlu bertindak sewajarnya mengikut situasi bagi memastikan kesihatan dan keselamatan pelajar sentiasa terjaga.
"Pihak sekolah perlu lebih prihatin untuk menjamin kesihatan dan keselamatan pelajar di musim jerebu. Bertindak sewajarnya mengikut situasi," katanya.
Pengarah Jabatan Pendidikan Johor Mohd Nor A Ghani pagi ini memaklumkan sebanyak 589 sekolah di Muar, Batu Pahat, Pasir Gudang dan Pontian diarah tutup setakat ini berikutan kualiti udara tidak sihat di kawasan berkenaan.
Sehingga tengah hari ini, kawasan yang terlibat dengan jerebu di Johor terus mencatat peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dengan Pasir Gudang merekodkan bacaan tertinggi pada 323 iaitu berbahaya. Bacaan IPU antara kosong dan 50 dikategori sebagai baik; 51 hingga 100, sederhana; 101 hingga 200, tidak sihat; 201 hingga 300, sangat tidak sihat; dan lebih 301, berbahaya.
Ikuti perkembangan jerebu menerusi Storify Astro AWANI.
Topic Berkaitan
#jerebu
#najib
#sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan