KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya RM24.7 juta berkemungkinan 'lesap' ke tangan dalang atau perancang utama penipuan firma klon.
Penemuan itu berdasarkan hasil siasatan SC ke atas 10 penipuan terbabit dan berdasarkan semakan yang melibatkan sejumlah 154 penyata bank.
Dalam kenyataan hari ini, SC berkata modus operandi penipuan firma klon itu adalah dengan menyasarkan mangsa/pelabur yang sanggup menyerahkan sejumlah kecil wang dan mengharapkan pulangan lumayan dalam tempoh singkat.
Penipuan firma klon itu lazimnya adalah syarikat yang menyamar sebagai sebuah entiti sah atau berlesen, termasuk mengumpan mangsa dengan menyalahgunakan nama serta logo syarikat senaraian awam (PLC), butiran kelayakan korporat dan laman sesawang untuk memperdaya pelabur dan mencuri dana.
"Oleh kerana sebahagian besar daripada mangsa hanya kehilangan sebahagian kecil wang, ramai yang sebaliknya enggan tampil untuk bekerjasama dengan SC," katanya.
Taktik yang sering digunakan termasuk memaparkan iklan-iklan di media sosial bagi memperdaya pelabur dengan pakej pelaburan yang kononnya dapat menjamin pulangan tinggi dan seolah-oleh diuruskan oleh perantara atau orang tengah berlesen.
Menurut SC, selain daripada itu, sebahagian besar ejen turut digunakan bagi menarik mangsa, berkongsi pelaburan menerusi aplikasi sembang Whatsapp sebaik mangsa menekan pautan yang diberikan.
"Mereka kemudiannya meminta mangsa memasukkan wang bagi skim pelaburan itu ke dalam akaun bank yang dikendalikan oleh pemegang akaun keldai bagi tujuan pengubahan dan menyeleweng hasil atau wang haram yang diterima.
"Dalam siasatan ini, sekurang-kurangnya 32 pemegang akaun keldai telah dikenalpasti membantu dalang penipuan itu," katanya.
SC berkata, pengendali terbabit juga berupaya meraih sejumlah besar wang haram berdasarkan jumlah mangsa yang ramai.
Malah, dalam satu kes penipuan itu, sekurang-kurangnya RM3.6 juta telah disalurkan ke dalam satu akaun bank keldai dalam tempoh enam bulan.
Daripada sebanyak 24 mangsa yang dikenalpasti, 15 orang enggan bekerjasama dengan SC selaku pengawal selia.
"SC sedang dalam proses meneliti bukti yang ada serta mempertimbangkan pilihan penguatkuasaan yang bersesuaian," katanya.
Sehubungan itu, suruhanjaya terbabit mengingatkan para pelabur untuk lebih berwaspada serta meneliti sebarang peluang pelaburan seperti menyemak kesahihan mana-mana individu atau entiti yang menawarkan pelaburan skim yang dihebahkan menerusi media sosial dan Whatsapp.
Para pelabur juga dinasihati agar tidak memasukkan wang ke dalam akaun peribadi individu apabila diminta berbuat demikian.
Mereka juga digesa merujuk Senarai Makluman Pelabur SC bagi mendapatkan maklumat mengenai laman sesawang tidak sah, produk dan syarikat pelaburan serta individu, kata suruhanjaya itu.
"Pelabur juga boleh menghubungi Pejabat Pengguna dan Pelabur SC di talian 03-6204 8999 atau e-mel [email protected] bagi melaporkan sebarang penipuan yang meragukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 31 2022
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya RM24.7 juta berkemungkinan 'lesap' ke tangan dalang atau perancang utama penipuan firma klon. - Gambar hiasan
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Permodalan pasaran ekuiti meningkat bukti pemulihan ekonomi Malaysia - PM Anwar
Peningkatan permodalan pasaran ekuiti Malaysia tahun ini, yang melepasi RM2 trilion, adalah bukti pemulihan ekonomi negara ini.
SC tambah 19 entiti klon berpotensi, lapan entiti tidak sah dalam senarai peringatan pelabur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengemas kini Senarai Peringatan Pelabur dengan menambah 19 entiti klon yang berpotensi dan lapan entiti yang tidak sah setakat 18 Okt, 2024.
UOB Kay Hian perkenal 16 derivatif patuh syariah global
UOB Kay Hian secara rasmi melancarkan 16 kontrak niaga hadapan komoditi global patuh syariah pada Khamis.
SC beri amaran mengenai penipuan pelaburan 'deepfake'
SC berkata pelaku penipuan itu biasanya memulakan aktiviti jenayah dengan menyiarkan video 'deepfake' pada platform media sosial, yang kemudiannya disebarkan melalui aplikasi pemesejan.
BNM, SC akan tubuh IDRS, tingkat keberkesanan skim penyelesaian pertikaian
MoF menjelaskan IDRS bertujuan meningkatkan tahap keberkesanan skim penyelesaian pertikaian pengguna kewangan dan pelabur secara keseluruhan.
SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan pelaburan yang menjerat pelabur dengan saham pra-tawaran awam permulaan (IPO) syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.
Suruhanjaya Sekuriti akan lancar Bursa Sosial pada akhir tahun ini - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dijangka melancarkan Bursa Sosial, yang pertama seumpamanya di ASEAN, menjelang akhir tahun ini.
SC akan bangunkan rangka kerja terperinci pelaksanaan Bursa Sosial - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan mengeluarkan rangka kerja terperinci mengenai pelaksanaan Bursa Sosial (SE) dalam masa terdekat.
MOF mahu langkah berkaitan Pasaran LEAP baharu tersedia awal tahun depan
Kementerian Kewangan mengarahkan SC untuk menentuukur semula Pasaran LEAP bagi menangani isu akses pembiayaan terhadap PMKS dan syarikat peringkat pertengahan.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.