awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selagi ada PDA 1974, Sarawak ada hak ke atas Petronas - Sharifah Hasidah

Rohana Wahed
Rohana Wahed
22/06/2018
07:52 MYT
Selagi ada PDA 1974, Sarawak ada hak ke atas Petronas - Sharifah Hasidah
Jelas Hasidah, ia juga membuktikan Ordinan Perlombongan Minyak adalah undang undang yang sah dan digunapakai di Sarawak.
Penolakan Mahkamah Persekutuan berhubung tuntutan Petronas mengenai status di bawah Akta Pembangunan Petroleum (PDA) 1974 membuktikan Ordinan Perlombongan Minyak (OMO) 1958 Sarawak tidak boleh dimansuhkan begitu sahaja oleh mana-mana undang -undang.
Menteri Muda Undang-undang, Hubungan Negeri-Persekutuan dan Pemantauan Projek, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, kemenangan itu turut membuktikan Sarawak mempunyai hak ke atas sumber minyak dan gas berkenaan.
"Petronas cuba mendeklarasikan PDA 1974 yang secara tidak lansung memganggap ia boleh memansuhkan kesahihan Ordinan Perlombongan Minyak.
"Ia tidak boleh sembarangan untuk dimansuhkan dan kehebatan pasukan peguam telah berjaya memberi hujah padat serta bernas sekali gus membuktikan kita di pihak yang benar.
"Alhamdulillah hakim Mahkamah Persekutuan bersetuju dengan kita dan menolak permohonan Petronas," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Jelas Hasidah, ia juga membuktikan Ordinan Perlombongan Minyak adalah undang undang yang sah dan digunapakai di Sarawak.
Topic Berkaitan
#hak melombong
#mahkamah
#Mahkamah Persekutuan
#minyak
#Ordinan Perlombongan Minyak
#PDA
#Petronas
#Sarawak
#Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali
#undang-undang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan