Selagi belum benar-benar bebas dari COVID-19, selagi itu Malaysia perlu melalui Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kata Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye.
Walaupun ia akan memberi impak kepada ekonomi negara, beliau berkata, apa yang perlu terus menjadi keutamaan ialah keselamatan dan kesihatan rakyat itu sendiri.
Ulasnya lagi, rakyat perlu memainkan peranan, seperti menjaga displin dan penjarakan fizikal dalam usaha membantu mengekang penularan wabak itu.
"Bagi saya sangat penting soal berkaitan displin. Saya ingin sekali lagi menegaskan agar rakyat dapat mengamalkan displin ketat. Jadi kalau kita tahu bagaimana, kita boleh laksanakan konsep kita jaga kita, saya jaga saya.
“Saya harap dengan berbuat demikian, kalau kita ikut semua SOP, kita memainkan peranan masing-masing, itu boleh membantu diri kita untuk bersama-sama dengan pihak berkuasa, untuk menjadikan Malaysia bebas daripada COVID-19 satu hari nanti," katanya lagi.
BACA: Tempoh PKPP dilanjut sehingga 31 Disember
Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKPP dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020.
Dengan pelanjutan tempoh PKPP, beliau berkata tindakan penguatkuasaan masih boleh dijalankan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta 342.
Dalam pada itu, Lam Thye berkata, setakat ini kerajaan, khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia telah berjaya mengawal penularan wabak itu dengan baik.
“Kalau kita imbas kembali, apabila PKP ini diumumkan pada 18 Mac lepas, setakat ini lebih kurang hampir 4 bulan, kita dapat membuktikan bahawa atas usaha gigih yang dapat dilaksanakan Kementerian Kesihatan dan semua yang terlibat di barisan hadapan.
"Dan dengan kerjasama yang dapat diberikan oleh majoriti rakyat kita, jadi kita boleh katakan sudah berjaya untuk menghapuskan penularan dengan sebaiknya,” tambah beliau.
Firdaus Azil
Sat Aug 29 2020
Walaupun ada impak kepada ekonomi negara, apa yang perlu terus menjadi keutamaan ialah keselamatan dan kesihatan rakyat itu sendiri. - Gambar fail/BERNAMA
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kongres Khas PKR lulus pindaan perlembagaan parti dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan
Kongres Nasional Khas PKR 2024 hari ini meluluskan kesemua pindaan perlembagaan berkaitan proses pemilihan parti.
SAPP keluar, PN Sabah lemah
Pada PRN Sabah 2018, PN memenangi 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menggunakan logo sendiri.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Pada 2022, ahli Parlimen yang bertanding di bawah PN keluar parti dan menjadi ADUN parti Gagasan Rakyat Sabah (GRS).
Kedua-dua gagasan serta SAPP adalah komponen Gagasan Rakyat Sabah.
Samsuri nafi peletakan jawatan ada kaitan dengan SAPP
Naib Presiden PAS, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata peletakan jawatannya sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional tidak ada kaitan dengan pengunduran Parti Maju Sabah (SAPP) daripada perikatan itu.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas sama ada keputusannya dibuat tanpa paksaan mana-mana pihak.
Anwar sahkan ada perbincangan penyertaan Tengku Zafrul
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan wujud perbincangan awal berhubung Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul, menyertai parti PKR.
Elaun PLKN 3.0 kekal RM8 sehari
Kementerian Pertahanan akan mengekalkan kadar elaun RM8 sehari kepada peserta PLKN 3.0 yang akan bermula Januari ini.
AWANI Ringkas: Elaun PLKN 3.0 RM8 sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Anthony Loke beri amaran batalkan subsidi diesel jika naik tambang feri
MOT memberi amaran untuk membatalkan pemberian subsidi diesel terhadap pengusaha feri jika meneruskan kenaikan harga tambang khususnya kepada warga tempatan dan pelancong domestik.
Tambang feri ke Langkawi naik antara RM3 hingga RM10.50 bermula 1 Jan 2025
Ferry Line Ventures mengumumkan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Perlis dan Kuala Kedah berkuat kuasa 1 Jan 2025.
Kesalahan khalwat tidak terhad kepada dua individu sahaja - Peguam
Seseorang individu yang ditemui bersama lebih dari seorang individu yang berlainan jantina yang bukan mahram di dalam sesebuah premis terselindung tetap dianggap melakukan kesalahan khalwat.
Ingkar PKP: Denda RM10,000 agak berlebihan - Lee Lam Thye
Lee berkata bukan semua mampu membayar RM10,000 terutama dalam keadaan ekonomi mencabar.
Bina bonggol: Jangan ambil tindakan sendiri - Lee Lam Thye
Penduduk setempat diminta supaya tidak mengambil tindakan sendiri termasuk membina bonggol bagi mengatasi masalah pergerakan kenderaan laju di kawasan perumahan mereka.
Wajibkan saringan COVID-19 terhadap pekerja asing keputusan tepat
Kerajaan membuat keputusan tepat apabila mewajibkan semua pekerja asing di Malaysia menjalani saringan COVID-19 bermula 1 Disember lepas.
Kuarters pekerja: Bawa berbincang dahulu - Lee Lam Thye
Kerajaan disaran mengadakan perbincangan bersama dengan CIDB, persatuan kontraktor dan syarikat pemaju bagi mengenal pasti kaedah terbaik bagi mewujudkan kuarters pekerja.
Selangor perlu ada pengurusan sumber air berkesan - Lee Lam Thye
Kerajaan Selangor dicadang mengadakan pengurusan sumber air yang berkesan untuk mengelakkan isu pencemaran di negeri itu.
Jangan sebar berita tidak sah - Lee Lam Thye
Rakyat Malaysia perlu menahan keinginan berkongsi berita yang tidak disahkan menerusi platform media sosial seperti WhatsApp, kata Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye.
Gangguan bekalan air: Perketat kawalan, pemantauan - Lee Lam Thye
Lam Thye berkata, tindakan paling tegas terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang mengakibatkan pencemaran sungai perlu diambil.
Masa tidak sesuai untuk pilihan raya, ahli politik perlu sokong langkah keselamatan kesihatan - Lam Thye
Lee Lam Thye berkata setiap usaha serta langkah-langkah penjagaan kesihatan yang baik yang diketengahkan KKM dalam memerangi wabak COVID-19 seharusnya disokong penuh oleh semua ahli politik.
Selagi belum bebas COVID, selagi itu PKPP masih diperlukan
Walaupun ada impak kepada ekonomi negara, apa yang perlu terus menjadi keutamaan ialah keselamatan dan kesihatan rakyat itu sendiri.
COVID-19: Pastikan semua tempat kerja selamat untuk pekerja - Lee Lam Thye
Beliau menjelaskan majikan perlu memastikan semua langkah telah diambil sebelum syarikat kembali memulakan operasi pada Isnin.