awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor bangunkan Pusat Operasi Bencana Daerah

Bernama
Bernama
03/11/2023
03:48 MYT
Selangor bangunkan Pusat Operasi Bencana Daerah
Pembangunan DDOC akan dilaksanakan terlebih dahulu di Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, Klang dan Hulu langat berikutan ketiga-tiga daerah ini adalah yang paling terkesan dengan bencana. - Gambar fail
SHAH ALAM: Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) akan membangunkan Pusat Operasi Bencana Daerah (DDOC) di setiap Pejabat Daerah dan Tanah negeri itu untuk penyediaan lokasi atau pusat pengoperasian bencana.
Pengarah Urusan SSDU Ahmad Akmal Hamzah berkata pembangunan DDOC akan dilaksanakan terlebih dahulu di Pejabat Daerah dan Tanah Petaling, Klang dan Hulu langat berikutan ketiga-tiga daerah ini adalah yang paling terkesan dengan bencana seperti banjir, tanah runtuh, ribut, kebakaran tapak pelupusan sampah haram dan pencemaran.
Beliau berkata objektif bagi pembangunan DDOC adalah untuk penyediaan lokasi atau pusat pengoperasian bencana khusus untuk Pejabat Daerah dan Tanah bagi memudahkan pengurusan pemantauan dan pengoperasian bencana melibatkan penempatan tiga kakitangan pada setiap syif.
"Seperti kita sedia maklum, Pejabat Daerah dan Tanah tidak mempunyai infrastruktur dan fasiliti yang lengkap bagi pengoperasian Bilik Gerakan Bencana. Oleh demikian, SSDU telah dipertanggungjawabkan oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk menjadi pelaksana projek DDOC di setiap Pejabat Daerah dan Tanah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya pengupayaan DDOC itu dilengkapi dengan rangkaian Internet yang membolehkan akses portal Platform Pengurusan Bencana Negeri Selangor serta portal bencana daripada agensi, jabatan negeri dan Persekutuan dapat diselaraskan dengan paparan data di Video Wall bagi tujuan pemantauan maklumat secara berterusan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kerajaan Negeri Selangor
#Pusat Operasi Bencana Daerah
#Smart Selangor Delivery Unit
#Ahmad Akmal Hamzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan