SHAH ALAM: Kerajaan Selangor tidak bercadang mewartakan mana-mana kampung tradisi di negeri itu sebagai tapak warisan dan mendapatkan pengiktirafan Tapak Warisan Dunia (UNESCO) buat ketika ini, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.
Exco Kemajuan Desa dan Perpaduan negeri Datuk Rizam Ismail berkata bagaimanapun kerajaan negeri pada masa hadapan, terbuka sekiranya terdapat permintaan dan keperluan untuk berbuat demikian.
"Itu sekiranya ada mana-mana kampung tradisi yang dilihat layak dan sesuai untuk memohon pengiktirafan berkenaan.
"Bagaimanapun ia tertakluk kepada penelitian terperinci serta selepas kerajaan negeri mendapat maklum balas daripada jabatan dan agensi yang berkaitan, terlebih dahulu," katanya.
Rizam menjawab pertanyaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PN-Hulu Kelang), sama ada kerajaan negeri merancang menggazetkan beberapa kampung tradisional untuk pengiktirafan UNESCO, seperti cadangan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming sebelum ini.
Dalam pada itu Rizam menjelaskan bahawa syor dibawa Nga untuk mengiktiraf kampung tradisi itu, sebenarnya masih di peringkat cadangan daripada pihak menteri dan belum dilaksanakan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2024
Rizam berkata kerajaan negeri pada masa hadapan, terbuka sekiranya terdapat permintaan dan keperluan untuk berbuat demikian. - Gambar fail/Bernama
Pameran alatan media lama, sejarah media Sarawak antara tarikan di HAWANA 2024
Antara bahan yang akan dipamerkan ialah peralatan media lama yang popular pada zamannya seperti kamera lama, radio lama, alat rakaman, kamera video.
Biden selar waran tangkap ICC terhadap Netanyahu, menteri Israel
Biden turut menyifatkan permohonan pendakwa raya ICC untuk keluarkan waran tangkap terhadap pemimpin Israel sebagai keterlaluan.
Pembatalan permit persembahan Sharul Channa ambil kira laporan polis video berkait isu 3R
Terdapat sejumlah laporan polis diterima berkait video lama oleh pelawak dari Singapura itu, yang dimuat naik semula baru-baru ini.
Lelaki rentung dalam kebakaran rumah flat di Damansara Damai
JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran melibatkan kediaman mangsa berusia lingkungan 40-an itu pada 8.58 malam tadi.
17 maut, 8 cedera kenderaan terjunam ke dalam gaung di Chhattisgarh, India
Pegawai berkata kenderaan pikap itu membawa 25 pekerja yang pulang selepas memetik daun tendu dari kawasan hutan.
Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz pada Selasa
Hosseini berkata jenazah Raisi dan mangsa-mangsa lain nahas helikopter itu disimpan di tanah perkuburan Tabriz pada Isnin malam.
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
RISDA saran pemilik tanah sertai tanaman semula getah berkelompok
Menerusi TSB, pekebun kecil dapat menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan teknikal, sokongan kewangan dan akses kepada teknologi moden.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
Malaysia teroka tenaga solar di kawasan tadahan air
Malaysia sedang teroka cara untuk mengoptimumkan kawasan tadahan air bagi menjana tenaga solar tanpa menjejaskan alam sekitar dan kualiti air.
Had laju beberapa jalan dalam tapak warisan George Town dikurangkan kepada 40km/j
Kebanyakan jalan di tapak warisan sempit selain kenderaan sering dipandu laju terutamanya motosikal dan ia membahayakan orang awam.
Selangor belum cadang warta mana-mana kampung tradisi sebagai tapak warisan - Exco
Kerajaan Selangor tidak bercadang mewartakan mana-mana kampung tradisi di negeri itu sebagai tapak warisan dan mendapatkan pengiktirafan UNESCO buat ketika ini.
Kampung Baru Cina: Cerita sudah tutup, Kor Ming enggan panjangkan isu
Kor Ming berkata, perkara itu dikhuatiri akan menimbulkan lebih banyak polemik dan salah tafsir oleh pelbagai pihak.
Kebakaran hutan musnah 577 hektar taman negara di Argentina
Kebakaran itu menjejaskan kawasan berhampiran Sungai Centinela di taman negara berkenaan.
Kiev, Lviv termasuk Senarai Warisan Dunia Terancam UNESCO
UNESCO menyenaraikan tiga tapak bersejarah di bandar Kyiv dan Lviv yang dilanda perang ke dalam Senarai Warisan Dunia Terancam pada Jumaat.
Selamba guna jentolak runtuhkan Tembok Besar China, hanya untuk bina jalan pintas
Kawasan yang diceroboh untuk jalan pintas itu adalah di satu bahagian terpencil dengan struktur temboknya sudah mengalami kesan runtuhan.
Pulau Pinang kekal komited pelihara tapak warisan - KM
Kerajaan Pulau Pinang kekal komited memelihara tapak warisan dalam negeri kerana ia amat penting bagi generasi akan datang.
Kebakaran musnahkan bangunan Pejabat Pos Besar Manila
Kebakaran besar memusnahkan bangunan pejabat pos bersejarah di ibu negara Filipina, kata pegawai pada Isnin, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Gempa bumi Turkiye-Syria: UNESCO bimbang kerosakan pada tapak warisan
UNESCO mengambil berat mengenai keadaan di bandar Purba Aleppo, Syria yang tersenarai sebagai "Warisan Dunia dalam Bahaya."
Tiga bangunan di Perlis diwartakan sebagai tapak warisan
Istana Arau dan Bangunan SUK lama diwartakan pada 24 Februari 2011 manakala Masjid Alwi diwartakan pada 2 Februari 2018.