awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor benarkan solat tarawih di masjid dan surau

Bernama
Bernama
09/04/2021
12:25 MYT
Selangor benarkan solat tarawih di masjid dan surau
Bagaimanapun, pengurusan masjid dan surau dinasihatkan untuk membaca surah yang pendek atau ayat lazim, ketika melaksanakan solat sunat tersebut. - Gambar fail
SHAH ALAM: Selangor membenarkan umat Islam mendirikan solat sunat tarawih sebanyak 20 rakaat di masjid dan surau sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini, kata Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri Mohd Zawawi Ahmad Mughni.
Bagaimanapun beliau berkata, pengurusan masjid dan surau dinasihatkan untuk membaca surah yang pendek atau ayat lazim, ketika melaksanakan solat sunat tersebut.
"Prosedur operasi standard (SOP) solat sunat tarawih sama seperti solat Jumaat, di mana jemaah perlu bawa sejadah sendiri, membuat semakan suhu, memakai pelitup muka dan mendaftar terlebih dahulu sebelum ke masjid," katanya pada sidang media selepas Majlis Hi-Tea Tautan Ukhwah Syarikat Korporat Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) di sini, hari ini.
Mohd Zawawi berkata, kerajaan negeri mengambil pendekatan tidak menghebahkan SOP solat sunat tarawih kepada umum, bagi mengelakkan berlakunya salah faham dalam kalangan jemaah.
"Jadi kita taklimatkan sahaja kepada nazir dan pengerusi masjid yang bertanggungjawab, dalam memastikan protokol kesihatan sepanjang pelaksanaan solat sunat tarawih," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Selangor
#solat tarawih
#masjid
#surau
#Ramadan
#Umat Islam
#Mohd Zawawi Ahmad Mughni
#SOP
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan