awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua lelaki ditahan bantu siasatan kes bunuh ibu tunggal di Sungai Dua
Brendan Gan pilih kekal di Australia
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dipacu pengukuhan domestik, kenaikan harga minyak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor beri pengecualian penuh duti hiburan bagi bayaran masuk taman tema

Bernama
Bernama
02/02/2021
06:27 MYT
Selangor beri pengecualian penuh duti hiburan bagi bayaran masuk taman tema
Amiruddin berkata kerajaan negeri juga bersetuju mengurangkan kadar duti hiburan daripada 25 peratus kepada lima peratus ke atas setiap bayaran masuk ke taman tema di Selangor selama lima tahun. - Gambar fail
SHAH ALAM:Selangor bersetuju memberi pengecualian penuh duti hiburan bagi bayaran masuk ke taman tema di negeri itu bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Disember tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata keputusan yang memberi impak kewangan sebanyak RM26.35 juta kepada kerajaan negeri itu dibuat selepas mengambil kira bilangan taman tema di Selangor dan bebanan dihadapi pihak terbabit susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Amiruddin berkata kerajaan negeri juga bersetuju mengurangkan kadar duti hiburan daripada 25 peratus kepada lima peratus ke atas setiap bayaran masuk ke taman tema di Selangor selama lima tahun bermula 1 Jan tahun depan hingga 31 Disember 2026.
"Implikasi daripada pengurangan kadar ini, kerajaan negeri Selangor dianggarkan akan kehilangan hasil sebanyak RM21.04 juta setahun untuk tempoh lima tahun tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata penularan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan PKP sejak Mac tahun lepas memberi kesan kepada sektor perkhidmatan dan perkilangan selain pengangkutan serta pelancongan terutamanya pendapatan pengusaha taman tema apabila ia terpaksa ditutup dan tidak dapat beroperasi sepenuhnya.
Pengusaha taman tema juga katanya memerlukan kos pelaburan semula yang tinggi berbanding pengusaha premis hiburan lain bagi menampung kos pengubahsuaian, menambah baik fasiliti dan juga tarikan baharu untuk memikat pengunjung yang datang.
"Pengusaha taman tema adalah antara pemain utama yang merancakkan industri pelancongan di Selangor. Perkembangan industri itu dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat terutama generasi muda melalui peluang pekerjaan.
"Perkembangan industri pelancongan seperti taman tema akan mempunyai kesan berganda kepada sektor lain seperti agensi pelancongan, perhotelan, pengangkutan dan sebagainya," katanya.
Amirudin berkata kelangsungan industri dan perniagaan dilihat akan lebih terjamin selain nasib pekerja terutamanya dalam sektor pelancongan juga terbela menerusi inisiatif kerajaan negeri itu.
Malah katanya, kerajaan negeri juga akan terus mencari penyelesaian terbaik membantu meringankan kesusahan rakyat yang sedang menhadapi saat getir ketika ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengecualian duti
#duti hiburan
#Selangor
#Taman Tema
#Menteri Besar Selangor
#Amirudin Shari
#kwangan
#PKP
#pandemik
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan