KUALA LUMPUR:Selangor terus mencatatkan kes tertinggi dalam tempoh lapan hari berturut-turut. 

Ini lima tumpuan sidang media Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengenai COVID-19 hari ini:

1. 1,348 kes baharu COVID-19 direkodkan, menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia ialah 98,737 kes

2. Kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 710 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah 80,014 kes

3. Selangor kekal melaporkan kes harian baharu tertinggi untuk lapan hari berturut-turut iaitu sebanyak 535 kes

4. Lima lagi kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan , menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 444 kes

5. Lima lagi kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini

BACA: COVID-19: 1,348 jangkitan, 5 kematian, 5 kluster baharu