awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor catat purata 5 kes kebakaran rumah sehari sepanjang Ramadan - Bomba

Bernama
Bernama
28/04/2022
05:44 MYT
Selangor catat purata 5 kes kebakaran rumah sehari sepanjang Ramadan - Bomba
Lupa menutup api dapur gas selepas memasak dan penggunaan lampu hiasan yang tidak mendapat kelulusan SIRIM boleh menjadi punca kebakaran. - Gambar hiasan
SHAH ALAM: Selangor merekodkan purata lima kes kebakaran rumah sehari sejak awal Ramadan ini, yang dipercayai berlaku atas faktor kecuaian dan kejadian litar pintas, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis.
Beliau berkata pihaknya mendapati kebanyakan kes kebakaran di rumah berlaku, kerana penghuninya terlupa untuk menutup api dapur gas selepas memasak dan ketika memanaskan semula makanan, serta tidak menutup suis peralatan elektrik selepas digunakan.
"Jadi saya ingin menasihatkan masyarakat sebelum balik kampung untuk berhari raya nanti, pastikan punca-punca elektrik dimatikan, kerana kadang-kadang kita terlupa ada peralatan elektrik yang sentiasa diletakkan di dalam mod sedia," katanya kepada media selepas Majlis Perasmian Kempen Keselamatan Musim Perayaan, di sini hari ini.
Selain itu beliau menasihatkan orang ramai untuk berhati-hati menggunakan lampu-lampu hiasan raya memandangkan terdapat lampu yang dijual di pasaran tidak mendapat kelulusan daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd. (SIRIM).
Dalam pada itu, Norazam berkata hanya seramai 20 peratus daripada lebih 1,600 pegawai dan anggota Bomba di Selangor dibenarkan bercuti pada musim Hari Raya Aidilfitri ini.
"Untuk musim perayaan kali ini, kita memberi tumpuan kepada sembilan kawasan 'hot spot' di Selangor yang sering berlaku kemalangan dan juga meminta semua balai-balai untuk melakukan rondaan bagi memberikan bantuan seawal mungkin," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#Selangor
#musim perayaan
#dapur gas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan