awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan dua lagi lelaki bantu siasatan kes bunuh di Sg Bakap
Mohamad Hasan gesa rakyat Malaysia di luar negara kerjasama rapat dengan kedutaan
Penempatan semula mesin pengimbas di KLIA T1, tingkat keselamatan, lancar aliran penumpang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor perhebat agenda belia hadapi negeri menua

Bernama
Bernama
30/09/2025
20:30 MYT
Selangor perhebat agenda belia hadapi negeri menua
Mohd Najwan menyampaikan ucapan pada Program Konvensyen Belia Selangor 2025 di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor sedang memperhebat program dan agenda belia di negeri ini menerusi pelbagai pendekatan baharu sebagai persiapan menghadapi cabaran pertambahan populasi warga emas atau menjadi negeri menua menjelang 2048.
Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Mohd Najwan Halimi berkata sebagai negeri semakin menua, Selangor perlu menyediakan pelapis dan pemimpin berwibawa dalam kalangan anak muda yang terlibat dalam semua aspek kepimpinan termasuk dalam bidang korporat, pendidikan dan ekonomi.
"Oleh itu, kerajaan negeri menganjurkan Konvensyen Belia Selangor 2025 yang buat julung-julung kali mengetengahkan konsep perkongsian ilmu daripada tokoh hebat di negeri ini meliputi segmen sukan, politik dan keusahawanan berbanding dengan program belia terdahulu yang menggunakan konsep karnival.
"Usaha ini juga dilaksanakan bagi menyahut seruan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari dalam syarahan kemerdekaan pada Ogos lepas yang menimbulkan persoalan tentang kaedah untuk membentuk masyarakat pada hari ini bagi menghadapi Malaysia pada usia 100 tahun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Belia Selangor 2025 di sini pada Selasa.
Acara yang menghimpunkan lebih 500 peserta terdiri daripada pemimpin belia peringkat universiti, kolej dan sekolah menengah itu turut memberikan penekanan mengenai cabaran pada masa kini dan mendatang yang memerlukan kekuatan mental serta fizikal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Selangor
#agenda belia
#negeri menua
#Mohd Najwan Halimi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan