awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas jurutera Samsung didakwa bocor rahsia pembuatan cip DRAM 10nm kepada syarikat China
Lembaran 2026: PM Anwar seru rakyat satukan langkah, tekad jayakan Malaysia MADANI
Malaysia catat inflasi keseluruhan 1.4 peratus, teras 2.2 peratus pada November - BNM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor perlu ada pengurusan sumber air berkesan - Lee Lam Thye

Astro Awani
Astro Awani
13/11/2020
01:00 MYT
Selangor perlu ada pengurusan sumber air berkesan - Lee Lam Thye
Tegas Lam Thye, isu air perlu ditangani dengan berkesan selain meminta masyarakat mengambil berat perkara berkenaan. -Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR:Kerajaan Selangor dicadang mengadakan pengurusan sumber air berkesan untuk mengelakkan isu pencemaran di negeri itu berulang.
Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat Tan Sri Lee Lam Thye berkata ia memerlukan pendekatan holistik sumber air selain menyerahkan isu berkaitan sabotaj air kepada pihak berkuasa.
"Saya ada mengikuti perbahasan DUN Selangor, exco menyatakan secara terbuka bahawa kemungkinan itu besar, gangguan air disebabkan oleh orang tertentu yang mungkin ingin melakukan sabotaj dan sebagainya.
"Paling penting perkara seperti ini disiasat polis," katanya semasa sidang Skype di sini, pada Jumaat.
BACA: Belum ada keperluan bekalan air kitar semula - Pakar
BACA: Rawatan dialisis terjejas susulan gangguan bekalan air
Prsiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader sebelum ini meminta kerajaan meminda undang-undang berkaitan pencemaran alam sekitar bagi mengenakan hukuman berat terhadap pesalah yang melakukan perbuatan itu, terutama yang berkaitan pembekalan air.
Jelasnya, perbuatan mencemarkan alam sekitar dan bekalan air adalah sama seperti melakukan kesalahan jenayah meracuni penduduk dan menyebabkan ketidakselesaan kepada mereka yang terjejas.
Dalam pada itu tegas Lam Thye, isu air perlu ditangani dengan berkesan selain meminta masyarakat mengambil berat perkara berkenaan.
Pakar sistem air yang juga Penolong Setiausaha Kehormat Sahabat Sungai Malaysia, Mansor Abdul Ghani menegaskan, belum ada keperluan untuk Malaysia mempunyai bekalan air kitar semula atau 'new water' seperti yang dilakukan Singapura.
Sebaliknya, apa yang diperlukan ketika ini ialah penambahbaikan sistem pengurusan bekalan air bagi memastikan pengagihan air yang sekata.
Ia sekali gus dapat merungkai masalah air yang sering melanda, terutama di Lembah Klang.
Topic Berkaitan
#Lee Lam Thye
#bekalan air
#sabotaj air
#mohideen abdul kader
#pengurusan sumber air
#Mansor Abdul Ghani
#Sahabat Sungai Malaysia
#Ikatan Komuniti Selamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan