awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan pengambilan 20,000 guru DG9 dibuka Mac - KPM
Wanita hilang ditemui maut, dipercayai dibunuh kekasih
KTMB sedia lapan ETS tambahan sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfitri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor pertimbang ujian saringan COVID-19 dari rumah ke rumah - MB

Bernama
Bernama
24/05/2021
08:30 MYT
Selangor pertimbang ujian saringan COVID-19 dari rumah ke rumah - MB
Kerajaan negeri Selangor akan mempertimbangkan cadangan pelaksanaan ujian saringan COVID-19 dari rumah ke rumah. - Gambar hiasan/AP
SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akan mempertimbangkan cadangan pelaksanaan ujian saringan COVID-19 dari rumah ke rumah, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata bagaimanapun perkara itu bergantung kepada jumlah anggota sukarelawan kerana ia memerlukan jumlah pasukan yang ramai.
"Jika mahu lakukan ujian dari rumah ke rumah kita memerlukan pasukan yang lebih besar," katanya kepada media selepas Majlis Pelancaran Kempen Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin bagi mengutip derma untuk rakyat Palestin, di sini hari ini.
BACA: COVID-19: 6,509 kes baharu, Selangor kekal tertinggi dengan 2,049 kes
Terdahulu, Amirudin berkata Tabung Kemanusiaan Selangor Prihatin itu adalah satu daripada usaha kerajaan negeri menyatakan solidariti bersama rakyat Palestin dengan sasaran mengumpulkan derma sehingga RM1 juta daripada orang ramai.
"Kutipan tabung ini akan disalurkan dalam bentuk 'Selangor Aid Truck' (SELaid) dan juga ambulan serta keperluan perubatan yang lain.
"Keseluruhan kutipan hari ini berjumlah RM223,957.77 dan akan dimanfaatkan oleh Global Peace Mission Malaysia untuk mangsa-mangsa di Palestin dan saya ingin menganjurkan orang ramai untuk turut sama menyumbang demi menyatakan sikap kita dan membantu rakyat Palestin tanpa mengira latar belakang agama dan kaum," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Selangor
#ujian saringan
#COVID-19
#rumah ke rumah
#Menteri Besar
#Amirudin Shari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan