Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM3.6 juta untuk menyediakan perkhidmatan bas percuma 'Selangorku' kepada rakyat melibatkan tiga laluan utama di negeri ini bermula Rabu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Industri Kecil & Sederhana dan Pengangkutan Datuk Teng Chang Khim berkata sebanyak 11 buah bas Rapid KL yang disediakan oleh Rapid Bus Sdn Bhd digunakan bagi tujuan itu.
Beliau berkata laluan-laluan berkenaan melibatkan Shah Alam, Klang dan Subang Jaya.
"Bas akan melalui semua stesen komuter, PBT (pihak berkuasa tempatan), sekolah dan pejabat kerajaan negeri. Buat masa ini perkhidmatan bas percuma hanya di tiga kawasan pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).
Kita berharap perkhidmatan ini akan dikembangkan lagi ke kawasan Ampang dan Kajang dalam tahun ini juga kerana kita sedia maklum dua kawasan ini menghadapi kesesakan trafik agak teruk," katanya dalam sidang media selepas melancarkan perkhidmatan bas percuma itu di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Teng berkata bas Rapid KL yang digunakan dalam perkhidmatan bas 'Selangorku' turut dilengkapi kemudahan WIFI secara percuma dan mesra OKU (Orang Kelainan Upaya).
Beliau berkata perkhidmatan bas percuma ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat termasuk warga asing.
Sementara itu, Rapid Bus, anak syarikat Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) dalam satu kenyataan berkata pihaknya menyediakan perkhidmatan bas percuma itu bermula 6 pagi sehingga 9 malam setiap hari dan akan beroperasi dengan kekerapan setiap 15 minit bagi ketiga-tiga laluan.
Menurutnya, laluan bas di Shah Alam adalah sepanjang 20.2km antara stesen KTM Komuter Seksyen 19 dan Wisma Jakel di Seksyen 7 manakala perkhidmatan bas di bandar Klang pula melibatkan laluan pusingan sepanjang 8.5km yang bermula dan berakhir di Wisma Tahfiz.
Perkhidmatan bas di Subang Jaya adalah antara KTM Komuter Subang Jaya dan USJ 6 serta Stesen 7 perkhidmatan Bas Rapid Transit – Laluan Sunway, yang mula beroperasi bulan lepas, katanya.
Bernama
Thu Jul 02 2015
Bas Rapid KL yang digunakan dalam perkhidmatan bas 'Selangorku' turut dilengkapi kemudahan WIFI secara percuma dan mesra OKU (Orang Kelainan Upaya).
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
Pemandu lori maut dihempap paip: JKKP P. Pinang keluar notis pemberhentian kerja pemunggahan
JKKP Pulau Pinang juga telah mengarahkan majikan menjalankan siasatan dalaman untuk mengenal pasti punca kejadian.
Ribuan penunjuk perasaan Israel tentang Netanyahu
Peserta tunjuk perasaan menuduh Netanyahu meneruskan peperangan untuk terus berkuasa.
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Zelenskyy berkata Moscow tidak mempunyai keinginan untuk berdamai dan mereka hanya boleh dipaksa meninggalkan Ukraine.
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Tentera Ukraine menembak jatuh pesawat pejuang pengebom SU-25 Rusia di wilayah Donetsk di timur Ukraine pada Sabtu kata presidennya, Volodymyr Zelenskiy.
Panama bersedia untuk pemilihan Presiden
Panama bersedia untuk pilihan raya Presiden di tengah-tengah krisis politik yang dihangatkan dengan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan memerintah.
Penunjuk perasaan pro Palestin ditahan polis Virginia
Polis menahan beberapa penunjuk perasaan di Universiti Virginia pada Sabtu semasa puluhan pelajar menduduki perkhemahan pro-Palestin di kampus selepas menyifatkan perhimpunan itu sebagai menyalahi undang-undang.
Hampir 100% sedia, TH tunggu kt pertama 9 Mei ini
Ikuti perkongsian Editor Astro AWANI yang juga petugas media musim haji 1445H/2024H mengenai persediaan Lembaga Tabung Haji (TH) menjelang ketibaan KT pertama jemaah haji Malaysia di Madinah pada 9 Mei ini.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Isteriku ternyata lelaki, terbongkar selepas 12 hari menikah
Adinda kini telah ditahan pihak polis selepas laporan dibuat oleh keluarga AK.
Kutipan sampah pukal pascabanjir dijangka selesai dua minggu lagi - MBSA
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjangkakan proses pembersihan sampah pukal di kawasan pascabanjir yang sedang dilaksanakan secara maksimum ketika ini, akan selesai dalam tempoh dua minggu.
IPD Shah Alam rangka pelan kontingensi sebagai langkah proaktif berdepan banjir
Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam merangka pelan kontingensi sebagai langkah proaktif untuk berdepan dengan banjir di daerah berkenaan.
Wisma MBSA disinari lampu bendera Palestin tanda solidariti
Limpahan cahaya empat warna iaitu merah, putih, hijau dan hitam yang melambangkan bendera Palestin di bangunan itu dipasang dari jam 8 malam hingga 12 tengah malam sejak Isnin.
Bazar Ramadan: Selangor larang bawa kanak-kanak 12 tahun ke bawah
Perkara tersebut diputuskan setelah bermesyuarat bersama Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari pada Ahad berkenaan SOP di bazar Ramadan.
MBSA buka Taman Persahabatan Selangor-Jepun
Majlis Bandaraya Shah Alam akan membuat pembukaan rasmi taman tersebut pada Oktober 2021 bersempena sambutan ulang tahun MBSA.
PBT di Selangor digesa ambil tindakan terhadap anggota salah guna kuasa
Pihak PBT seharusnya mengambil tindakan tegas dan tidak berkompromi terhadap kesalahan dan salah laku pegawai, sekiranya dakwaan mengenai perbuatan itu didapati benar.
Operasi besar-besaran: Peniaga mengeluh anggap MBSA 'balas dendam'
Susulan penularan video yang dikongsikan oleh seorang penjual burger baru-baru ini MBSA melancarkan gerakan operasi besar-besaran di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh, pada Rabu.
MBSA dah banyak kali ambil tindakan - Penduduk
MBSA sudah banyak kali mengambil tindakan terhadap peniaga warga asing yang berniaga di Bandar Baru Sungai Buloh.
Majlis Bandaraya Shah Alam lancar bas elektrik pertama
Perkhidmatan bas percuma itu menggantikan dua unit bas diesel sedia ada yang disediakan untuk kegunaan orang awam yang menghubungkan Seksyen 19 dan 7 melalui pusat bandar di Seksyen 2, 3, 6 dan 7.
Selangor peruntuk RM3.6 juta sedia perkhidmatan bas percuma 'Selangorku'
Perkhidmatan bas percuma 'Selangorku' melibatkan tiga laluan utama di Selangor iaitu Shah Alam, Klang dan Subang Jaya.