awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selangor pinda Enakmen Halal supaya sesuai dengan keperluan semasa

Bernama
Bernama
15/04/2022
15:03 MYT
Selangor pinda Enakmen Halal supaya sesuai dengan keperluan semasa
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal negeri Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata cadangan pindaan enakmen itu dijangka dibawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada Oktober depan. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Selangor akan meminda Enakmen Halal negeri itu untuk diperluas kepada semua segmen sesuai dengan perkembangan industri dan keperluan halal semasa selain memperhebatkan lagi sektor itu ke peringkat antarabangsa.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal negeri Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata cadangan pindaan enakmen itu dijangka dibawa ke Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor pada Oktober depan.
"Enakmen halal yang asal adalah ringkas, pendek dan tidak menyeluruh. Jadi ia akan ditambah lagi supaya lebih merangkumi semua segmen.
"Sebelum ini hanya makanan dan minuman tetapi sekarang kita ada farmasi, bahagian instrumen kewangan, pelancongan, pakaian dan banyak lagi," katanya kepada media selepas Sesi Dialog Aspirasi Pembangunan Industri Halal Selangor bersama Industri Kecil serta Sederhana dan Majlis Iftar Ramadan di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya juga komited membantu usahawan industri halal negeri itu dan bercadang membawa mereka ke Afrika Selatan, Turki dan Arab Saudi untuk bertemu dengan pelabur di sana.
"Usaha ini dijangka diadakan selepas Aidilfitri melibatkan usahawan terpilih dan sesuai. Ia dijangka dapat memperhebatkan lagi sektor halal Selangor di peringkat antarabangsa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Selangor
#Enakmen Halal
#Mohd Zawawi Ahmad Mughni
#sidang dun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan